Page 126 - Sains Tingkatan 1
P. 126
ge
na
b
e
P Ba n b 4: P e l a m n ke k p a ad a P e n y i as a ta n S a in t ifi k
Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
Bab 4: Pembiakan
i
a
n
Kemandulan dan Pencegahan
4.6 Kehamilan
• Berkomunikasi mengenai kemandulan dan cara-cara mengatasinya.
• Membezakan kaedah pencegahan kehamilan.
• Menyedari kepentingan mengamalkan pemeriksaan kesihatan dan mendapat rawatan segera apabila
menghadapi masalah sistem pembiakan.
• Mengkritik penyalahgunaan pengetahuan tentang kaedah pencegahan kehamilan dan kesannya
kepada masyarakat.
Kemandulan
emandulan ialah ketidakupayaan seseorang untuk melahirkan anak. Apabila
Kpasangan suami isteri tidak berupaya untuk memperoleh zuriat, suami atau
isteri atau kedua-duanya mungkin mandul. Rajah 4.22 menunjukkan pelbagai punca
kemandulan lelaki dan wanita.
Ovari
Testis tidak Hormon tidak tidak dapat
menghasilkan seimbang menghasilkan
sperma
ovum
Bilangan Tiub Falopio
sperma tidak tersumbat
mencukupi
Organ seks
Punca cacat atau Punca
kemandulan dijangkiti kemandulan
lelaki penyakit wanita
Kualiti sperma Uterus yang
rendah tidak normal
Masalah
Mati kesihatan Ketumbuhan
pucuk seperti kencing dalam uterus
manis
Rajah 4.22 Punca kemandulan lelaki dan wanita
Apabila pasangan suami dan isteri yang sudah berusaha untuk mendapatkan anak
lebih daripada setahun tetapi masih tidak berjaya, pasangan tersebut disarankan agar
mendapatkan rawatan daripada doktor.
Bab 4 115

