Page 125 - Sains Tingkatan 1
P. 125

Wanita hamil perlu menjaga
                   kesihatannya dengan baik kerana
                   setiap makhluk yang bernyawa
                   mempunyai hak untuk hidup
                   walaupun masih dalam kandungan.

                       Oleh itu, seseorang ibu haruslah
                   memastikan bayi yang berada di
                   dalam kandungan mendapat nutrien
                   yang mencukupi dan mengelakkan
                   diri daripada mengambil bahan-bahan
                   yang boleh memudaratkan kesihatan
                   ibu dan bayi.







                                                             Gambar foto 4.7 Bayi yang sihat lahir daripada
                                                                                  keluarga yang sihat

                                           4.5                                                  Abad  KMK
                                                                                                 21
                       Tujuan: Menyelesaikan masalah kelahiran bayi yang tidak normal disebabkan oleh gaya
                       hidup ibu yang tidak sihat semasa mengandung.

                       Arahan
                       Baca situasi di bawah dengan teliti.

                            Seorang wanita yang sedang hamil mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
                            seperti merokok, mengambil minuman beralkohol dan dadah.

                       Secara berkumpulan, bincangkan
                          (a)  risiko yang akan dihadapi oleh bayi wanita tersebut.
                          (b)  gaya hidup sihat yang patut diamalkan oleh wanita tersebut semasa hamil.
                          (c)  cadangan untuk mengurangkan bilangan kelahiran bayi yang tidak normal
                             akibat gaya hidup ibu yang tidak sihat semasa mengandung.



                                                     4.5

                      1.  Mengapakah wanita hamil memerlukan jumlah nutrien yang lebih banyak berbanding
                        dengan wanita tidak hamil?
                      2.  Mengapakah gigi dan tulang wanita hamil lebih mudah mereput berbanding dengan wanita
                        yang tidak hamil?
                      3.  Bandingkan kesan penyusuan susu ibu dengan penggunaan susu formula terhadap
                        perkembangan bayi.



                    114  Bab 4
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130