Page 33 - Sains Tingkatan 1
P. 33
Penggunaan Alat Pengukur yang Lebih Jitu
a Mengukur Panjang
Angkup Vernier
Angkup vernier digunakan untuk mengukur ketebalan atau diameter luar,
diameter dalam dan kedalaman suatu objek. Bahagian terkecil bacaan
angkup vernier ialah 0.01 cm atau 0.1 mm. Oleh itu, angkup vernier lebih
jitu berbanding dengan pembaris yang hanya dapat mengukur bacaan terkecil
sehingga 0.1 cm atau 1 mm.
Skala utama
3.2 cm
3 4
Skala
0 cm 1 2 3 4 5 6 utama
Skala utama
0 5 10
0 5 10
Skala
vernier
Skala vernier segaris
Skala vernier
dengan skala utama
0.02 cm
Bacaan = 3.20 + 0.02
= 3.22 cm
Rajah 1.13 Pengukuran objek bulat dengan angkup vernier
Ralat sistematik disebabkan oleh pengukuran menggunakan alat pengukur
yang kurang tepat. Contohnya terdapat ralat sifar pada alat pengukur, ralat yang
disebabkan oleh orang yang melakukan pengukuran atau faktor persekitaran.
Ralat sifar boleh ditentukan apabila angkup vernier dirapatkan.
0 1 0 1 0 1
Untuk menentukan ralat
sifar positif, ralat sifar
0 5 10 0 5 10
0 5 10 dibaca dari tanda “0”
Garis ke 3. Baca dari Garis ke 6. Baca dari pada skala vernier.
tanda “0” pada skala. tanda “10” pada skala.
Tiada ralat sifar Ralat sifar positif Ralat sifar negatif Untuk menentukan ralat
sifar negatif, ralat sifar
+ 0.03 cm – 0.06 cm dibaca dari tanda “10”
Rajah 1.14 Ralat sifar angkup vernier pada skala vernier.
Untuk mendapatkan bacaan sebenar, ralat sifar perlu diambil kira.
Bacaan sebenar = Bacaan angkup vernier – Ralat sifar
22 Bab 1
22
Bab 1

