Page 145 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 145
Mewujudkan Kerjasama Kaum
• Kerjasama kaum penting dalam usaha memupuk perpaduan.
• Persekutuan Tanah Melayu 1948 membuka jalan ke arah perpaduan dan kerjasama antara
kaum melalui penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liaison
Committee (CLC).
• Kebanyakan cadangan CLC dimasukkan ke dalam usul perundangan yang diluluskan oleh
Majlis Perundangan Persekutuan.
• Jawatankuasa ini berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum.
• Persekutuan Tanah Melayu 1948 merintis pada pembentukan Perlembagaan Tanah Melayu
1957 yang sekali gus membawa kemerdekaan.
Persekutuan Tanah Melayu 1948 menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan
sah kaum lain, di samping membuka ruang kepada orang bukan Melayu menjadi warganegara.
Pemimpin dan rakyat sama penting dalam usaha mendukung perpaduan bangsa. Gabungan kuat
antara rakyat dengan pemimpin yang dipayungi oleh Raja-raja Melayu berjaya merungkai percaturan
dan rancangan rapi yang disusun oleh pihak British untuk melemahkan orang Melayu. BAB
Kerjasama antara Raja-raja Melayu dengan 5
UMNO membolehkan Persekutuan Tanah
Melayu 1948 terbentuk. Pembentukan ini
mengembalikan status Raja-raja Melayu
dan orang Melayu. British mengiktiraf
dasar menaungi negeri Melayu semula
seperti sebelum Perang Dunia Kedua.
Peranan Raja-raja Melayu dan orang
Melayu penting dalam usaha mendukung
Ahli mesyuarat cadangan penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu pada 20 November 1946 di King’s House, Kuala perjuangan maruah bangsa. Tolak ansur
Lumpur. antara kaum juga penting untuk mencapai
Sumber: Ja’afar Onn, 2007. UMNO dan Malayan Union. Petaling matlamat penubuhan Persekutuan Tanah
Jaya: MPH Group Publishing Sdn. Bhd.
Melayu 1948.
Membuat Rasionalisasi
Bincangkan kesan penubuhan
Persekutuan Tanah Melayu 1948
kepada negara kita.
Persidangan Majlis Raja-Raja pada 15 Februari 1948 setelah Jelaskan kebaikan sistem
Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan
Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. persekutuan yang diamalkan
di negara kita.
Sumber: Wendy Khadijah Moore, 2004. Malaysia: A Pictorial
History 1400–2004. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia dan The
New Straits Times Press.
137
137

