Page 62 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 62
3.2 Latar Belakang Perang Dunia
Perang dunia berpunca daripada perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara Eropah yang
membawa persaingan antara kuasa imperialis untuk mempertahankan kepentingan masing-masing.
Persaingan tersebut telah mencetuskan Perang Dunia Pertama (1914–1918) dan Perang Dunia
Kedua (1939–1945) yang memberikan kesan besar terhadap penduduk dunia.
Perang Dunia Pertama
Perang Dunia Pertama berlaku dalam kalangan negara di Eropah termasuk empayar Uthmaniyah.
3
Antara faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama termasuklah persaingan kuasa imperialis,
pembentukan pakatan ketenteraan dan konflik di rantau Balkan.
BAB Persaingan Kuasa Imperialis
Perkembangan Revolusi Industri menyebabkan berlaku persaingan dalam kalangan kuasa
imperialis di Eropah. Mereka bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan bagi memperoleh
bahan mentah seperti arang batu, petroleum dan bijih timah serta memasarkan hasil industri.
Persaingan tersebut membawa permusuhan antara kuasa imperialis di Eropah seperti Perancis
dan Jerman.
Pakatan Ketenteraan
Permusuhan antara kuasa Eropah membawa pembentukan pakatan ketenteraan seperti
pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga. Kewujudan pakatan ketenteraan menyebabkan
ketidakstabilan politik berterusan di Eropah. Seiring dengan persaingan mendapatkan tanah
jajahan, negara dalam pakatan turut bersaing menghasilkan senjata moden dan sedia berperang
bagi mempertahankan kepentingan masing-masing.
Krisis Rantau Balkan
Krisis di rantau Balkan berlaku akibat permusuhan Austria-Hungary dengan Serbia. Austria-Hungary
menuduh Serbia menghasut rakyat Austria berketurunan Serb supaya berjuang membebaskan diri
daripada pemerintahan Austria-Hungary. Kemuncak krisis Balkan ialah pembunuhan Archduke
Ferdinand, Putera Mahkota Austria-Hungary dan isterinya Sophie oleh seorang pemuda Serbia.
Peristiwa tersebut menjadi sebab Eropah terjerumus dalam kancah Perang Dunia Pertama.
28 Julai 1914
Wajarkah negara kita menyertai Austria-Hungary dengan sokongan Jerman
pakatan ketenteraan? Mengapa? mengisytiharkan perang terhadap Serbia.
1914
Pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama
Pakatan Negara Anggota
• Jerman dan Austria-Hungary. 30 Julai 1914
Kuasa • Pakatan ini kemudian disertai oleh Bulgaria Rusia bertindak
Tengah memberikan bantuan
Rantau Balkan. dan empayar Uthmaniyah.
ketenteraan untuk
• Britain, Perancis dan Rusia.
Pakatan mempertahankan
Bertiga • Pakatan ini disokong oleh Serbia, Itali, Serbia.
Romania, Portugal dan Greece.
54

