Page 78 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 78

3.6  Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita


                  Setelah menduduki negara kita, Jepun memperkenalkan pemerintahan tentera. Dasar pemerintahan
                  tentera  Jepun  diterima  daripada  Panglima Agung  Japanese  Southern Army  untuk  dilaksanakan
                  di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Dasar pendudukan Jepun di negara kita dapat difahami
                  melalui dasar pentadbiran, ekonomi dan sosial.


                    Dasar Pentadbiran

             3    Pentadbiran Tentera Jepun

            BAB   Tentera Jepun memperkenalkan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu. Pada peringkat awal, Tanah
                  Melayu  digabungkan  dengan  Sumatera  di  bawah  satu  pentadbiran  untuk  membentuk  Kawasan
                  Pertahanan Khas dan diletakkan di bawah pentadbiran pasukan tentera Jepun ke-25 yang berpusat
                  di Singapura.
                      Pada April  1944,  Tanah  Melayu  dan  Sumatera  ditadbir  secara  berasingan  kerana  terdapat
                  perbezaan  sistem  politik  dan  ekonomi  yang  ketara  di  bawah  pentadbiran  British  dan  Belanda
                  sebelum perang. Sumatera kemudiannya diletakkan di bawah pentadbiran tentera Jepun ke-25 yang
                  berpusat di Bukit Tinggi, Sumatera. Tanah Melayu pula ditadbir oleh pasukan tentera Jepun ke-29
                  yang berpusat di Taiping, Perak.
                      Singapura yang dikenali sebagai Syonan-to (Pulau Cahaya Selatan) diasingkan pentadbirannya
                  dari Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malai Baru (Melayu Baru). Negeri Melayu, iaitu Perlis,
                  Kedah, Kelantan dan Terengganu dipindahkan di bawah pentadbiran kerajaan Thailand.
                      Sarawak, Sabah dan Brunei pula digabungkan menjadi satu unit pentadbiran yang dikenali
                  sebagai Kita Boruneo dan diketuai oleh Gabenor Jeneral serta diletakkan di bawah pasukan tentera
                  Jepun ke-37 yang berpusat di Kuching.
























                  Kempeitai
                  Pasukan polis tentera yang ditubuhkan untuk   Pembentukan  pentadbiran  tentera  Jepun  di  Borneo  Utara
                  menjaga  kepentingan  pentadbiran  tentera   pada Ogos 1942.
                  Jepun. Pasukan ini bertindak ganas dan kejam,   Sumber: Bob Reece, 1998. Masa Jepun: Sarawak Under The Japanese
                  menyeksa  dan  membunuh  sesiapa  yang   1941–1945. Kuching: Sarawak Literary Society.
                  disyaki sebagai antipentadbiran tentera Jepun.


                    70
   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83