Page 76 - Sejarah_Tingkatan_4
P. 76

3.5  Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita

                  Serangan  tentera  Jepun  bermula  di  Tanah  Melayu  pada  8  Disember  1941,  manakala  serangan
                  terhadap Sarawak dan Sabah bermula pada 16 Disember 1941.
                      Kedatangan Jepun ke negara kita bertujuan memenuhi keperluan ekonomi dan kepentingan
                  strategik  ketenteraan  akibat  sekatan  ekonomi  yang  dikenakan  oleh  pihak  Bersekutu  terhadap
                  Jepun. Dalam usaha menjayakan misi ini, Jepun menggunakan propaganda seperti penggunaan
                  slogan “Semangat Asia” dan “Asia untuk Orang Asia”. Propaganda Jepun menanamkan semangat
                  antipenjajah Barat dan menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia.
             3

            BAB                                                Eksploitasi Sumber Bahan Mentah

                                                               Jepun  ingin  mengeksploitasi  kekayaan  bahan
                                                               mentah  di  negara  kita  untuk  keperluan
                                                               perindustrian  ekoran  Pembaharuan  Meiji  dan
                                                               operasi  ketenteraan  Jepun.  Tanah  Melayu
                                                               merupakan  pengeluar  utama  bijih  timah  dan
                                                               getah di dunia, selain menghasilkan emas, bijih
                                                               besi, arang batu dan bauksit.
                                                                   Sasaran  utama  Jepun  di  Sarawak  untuk
                                                               mendapatkan  sumber minyak, terutama di Miri
                                                               dan Lutong.
                                                                   Pendudukan  Jepun  terhadap  negara kita
                                                               merupakan  sebahagian  daripada  rancangan
                                                               menjayakan pembentukan kawasan Lingkungan
                                                               Sekemakmuran  Asia  Timur  Raya  untuk
                  Poster propaganda tentera Jepun tertera dalam tulisan   mengukuhkan ekonomi Jepun.
                  Jawi, “Ya Allah, terpeliharalah kami oleh tentera Jepun
                  daripada aniaya”.
                  Sumber: Diubah suai daripada Bob Reece, 1998. Masa Jepun:
                  Sarawak Under The Japanese 1941–1945. Kuching: Sarawak
                  Literary Society.
                                                               Kepentingan Strategik Ketenteraan


                                                               Kedudukan strategik negara kita sesuai untuk
                                                               ketenteraan  Jepun.  Di  hujung  Semenanjung
                                      Glob  memaparkan  kawasan   Tanah  Melayu  terletak  pangkalan  tentera  laut
                                      Lingkungan  Sekemakmuran
                                      Asia Timur Raya.         British,  iaitu  Singapura.  Penguasaan  terhadap
                                                               pangkalan  tentera  laut  tersebut  penting  untuk
                                                               membuka  laluan  penguasaan  Jepun  terhadap
                                                               telaga  minyak  di  Sumatera.  Penguasaan
                                                               terhadap  Pulau  Borneo  pula  penting  untuk
                                                               menjayakan operasi penaklukan tentera Jepun
                                                               di Pulau Jawa.

                  Tentera  Jepun  menggunakan  strategi  serangan
                  kilat, iaitu gerakan menyerang dengan kombinasi
                  angkatan  tentera  darat,  udara  dan  laut  untuk
                  menawan Tanah Melayu.

                    68
                    68
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81