Page 171 - SEJARAH T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 171

Antarabangsa


                                                                 Komanwel

                                                               •  Disertai setelah mencapai
                                                                  kemerdekaan pada tahun 1957.
                                                               •  Anggotanya terdiri daripada negara
                                                                  bekas tanah jajahan British.
                                                                 Pertubuhan Bangsa-Bangsa
                            Pertubuhan                           Bersatu (PBB)
                          Antarabangsa
                              Malaysia                         •  Disertai setelah mencapai
                          menganggotai                            kemerdekaan pada tahun 1957.
                      beberapa pertubuhan                      •  Keahliannya terbuka kepada
                          antarabangsa.                           semua negara.
                                                                 Pergerakan Negara-negara
                                                                 Berkecuali (NAM)
                                                               •  Disertai sejak tahun 1970.
                                                               •  Anggotanya terdiri daripada 120
                                                                  buah negara membangun di Asia,
                                                                  Afrika dan Amerika Selatan.

                                                                 Pertubuhan Kerjasama
                                                                 Islam (OIC)

                                                               •  Disertai sejak penubuhannya pada
                                                                  tahun 1969.
                                                               •  Pada awal penubuhannya,
                                                                  keanggotaan terdiri daripada 57
                                                                 buah negara.
                    Malaysia bertanggungjawab memastikan kestabilan politik, kemajuan ekonomi
                    serta keharmonian rakyatnya. Oleh itu, Malaysia mengamalkan dasar membina
                    hubungan baik dengan negara luar.

                         pak-21 Rangkaian (Chain Link)

                          1.  Murid dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan.
                          2. Setiap ahli kumpulan akan menulis satu maklumat berkaitan dengan
                             tajuk “Kepentingan menjalin hubungan baik dengan negara luar”.
                          3. Ahli kumpulan menggabungkan kertas maklumat untuk membentuk
                             rantaian jawapan dan membentangkannya secara kreatif.




                         12.4.1
                        K12.4.6      Bimbing murid memahami pertubuhan serantau dan antarabangsa yang   163
                                    dianggotai oleh Malaysia.
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176