Page 172 - SEJARAH T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 172

Malaysia dan Association of Southeas

                        Asian Nations

                  Malaysia adalah antara negara perintis penubuhan Association of Southeast Asian
                  Nations (ASEAN). Oleh itu, negara kita sentiasa memainkan peranan penting
                  ke arah mencapai matlamat penubuhannya.






























                     Latar Belakang ASEAN


                  •  Ditubuhkan pada 8 Ogos 1967.
                  •  Kini dianggotai oleh 10 buah negara Asia Tenggara.
                  •  Selain anggota asal, anggota baharu terdiri daripada Brunei (1984), Vietnam
                     (1995), Laos dan Myanmar (1997) serta Kemboja (1999).
                  •  Ibu pejabat ASEAN terletak di Jakarta, Indonesia.


                     Matlamat Penubuhan ASEAN

                  •  Menjamin keamanan dan kestabilan politik.
                  •  Menggalakkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan
                    pembangunan kebudayaan.
                  •  Menjalin kerjasama dalam bidang latihan dan penyelidikan.
                  •  Meningkatkan taraf hidup penduduk.

                    aktiviti Kajian Peta
                    Secara berkumpulan, senaraikan negara yang menganggotai
                    ASEAN. Bentangkan.


                  164
   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177