Page 173 - SEJARAH T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 173

Makna Logo ASEAN

                                            •  Biru –  keamanan dan kestabilan.
                                            •  Merah – semangat dan dinamisme.
                                            •  Kuning – kemakmuran.
                                            •  Putih – kesucian.
                                            •  Sepuluh tangkai padi – impian pengasasan ASEAN
                                               diikat oleh semangat persahabatan dan perpaduan
                                               antara 10 buah negara anggota ASEAN.
                                            •  Bulatan – kesatuan ASEAN.

                         Faedah Penyertaan Malaysia dalam ASEAN

                    Antara faedahnya termasuklah:

                      Keamanan dan                  Pertumbuhan Ekonomi             Latihan dan
                      Kestabilan Politik            dan Sosial                      Penyelidikan

                    Mengelakkan campur              •  Menjalin kerjasama          Pembinaan Regional
                    tangan kuasa luar menerusi        projek ekonomi dalam         Centre for Education in
                    Deklarasi Kuala Lumpur            perindustrian baja urea      Science and Mathematic
                    1971 yang mengisytiharkan         di Bintulu, Sarawak.         (RECSAM) di Pulau Pinang.
                    ASEAN sebagai Kawasan           •  Menjadi tuan rumah
                    Aman, Bebas dan                   penganjuran Sukan SEA.
                    Berkecuali (ZOPFAN).


                       Sumbangan Malaysia dalam ASEAN

                   Antara sumbangan Malaysia termasuklah:
                   •  Menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN.
                   •  Membantu menangani isu pencerobohan Vietnam
                     terhadap Kemboja.
                   •  Membantu meredakan konflik politik di selatan Filipina.
                   •  Mengutarakan penubuhan ZOPFAN.
                   •  Menyertai Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).


                    Malaysia mengutamakan kepentingan menjalin hubungan baik dengan negara
                    luar. Faedah daripada hubungan baik ini akan dapat dikongsi bersama. Oleh
                    itu, pelibatan Malaysia dalam ASEAN amat dihargai oleh negara anggota.

                    Sumber: Kementerian Luar Negeri Malaysia.



                        12.4.2
                        K12.4.6      Bimbing murid memahami faedah pelibatan Malaysia dalam ASEAN.     165
   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178