Page 175 - SEJARAH T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 175

Faedah Penyertaan Malaysia dalam Komanwel


                      Pendidikan

                      •  Memberikan peluang kerjasama antara negara anggota bagi meningkatkan
                        taraf pendidikan.
                      •  Mewujudkan peluang bagi rakyat Malaysia untuk melanjutkan pendidikan tinggi
                        dalam pelbagai bidang melalui tawaran biasiswa Komanwel.

                      Perdagangan
                      •  Malaysia berpeluang untuk menyuarakan pandangan dan bertukar idea
                        dengan negara anggota Komanwel tentang isu pembangunan ekonomi.
                      •  Memudahkan barangan Malaysia menembusi pasaran antarabangsa,
                        khususnya di negara anggota Komanwel.

                      Kesihatan

                      •  Memberikan peluang kepada negara anggota untuk berkongsi pendapat dan
                        pengalaman dalam bidang kesihatan.
                      •  Memberikan peluang untuk bekerjasama melalui perkongsian maklumat dan
                        data sesama negara anggota bagi menangani wabak seperti COVID-19.
                      Belia dan Sukan

                      •  Menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.
                      •  Memberikan peluang kepada ahli sukan Malaysia bersaing dalam Sukan Komanwel.
                      •  Memberikan peluang kepada belia untuk mewakili Malaysia dalam pelbagai
                        persidangan belia anjuran Sekretariat Komanwel.

                      Sumbangan Malaysia dalam Komanwel

                        •  Mengecam dasar Aparteid di Afrika Selatan yang membezakan
                           penduduk mengikut warna kulit.
                        •  Membantu menamatkan amalan Aparteid pada tahun 1993 hasil
                           desakan bersama-sama negara anggota Komanwel.
                        •  Menjadi tuan rumah Commonwealth Heads of Government
                           Meeting (CHOGM) pada tahun 1989.
                        •  Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi 1989 yang berkaitan dengan
                           tanggungjawab mengawal dan mengatasi masalah pencemaran
                           alam sekitar.

                       Semangat setia kawan negara anggota Komanwel telah membantu
                       mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara kita. Oleh itu, kita
                       perlu bersyukur dan sentiasa berusaha untuk menjaga hubungan baik
                       dengan negara lain.




                              12.4.3
                                         Bimbing murid memahami faedah dan sumbangan pelibatan Malaysia   167
                                         dalam Komanwel.
   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180