Page 138 - SAINS T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 138
AKTIVITI RIA Ciri-ciri Makanan Rosak
Alat dan bahan: papan pemotong, pisau, empat biji
bekas makanan berpenutup, air, makanan seperti
roti, sayur, buah, keju, hirisan ayam mentah
Berhati-hati ketika
menggunakan pisau. 1.
Langkah-langkah:
1. Potong makanan dalam saiz yang kecil.
2. Celupkan potongan makanan
ke dalam air.
3. Simpan makanan di dalam bekas
makanan yang bertutup rapat. 2.
4. Lakukan pemerhatian selepas seminggu.
5. Catat pemerhatian dalam jadual.
Jenis makanan Hari Hari
pertama ketujuh
roti 3.
sayur
buah
keju
hirisan ayam
mentah
6. Dua ahli kumpulan akan bergerak ke kumpulan lain untuk melakukan
pemerhatian ke atas makanan yang diuji.
7. Kongsikan hasil pemerhatian dalam kumpulan masing-masing.
Soalan:
1. Berdasarkan pemerhatian yang telah dicatatkan, berikan
inferens kamu.
2. Nyatakan ciri-ciri makanan yang telah rosak.
3. Apakah yang menyebabkan makanan menjadi rosak?
8.1.1, Guru boleh menggunakan jenis makanan yang lain
8.1.2,
130 8.1.3 mengikut kesesuaian.

