Page 101 - 2020 SK T5 Sejarah
P. 101
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dilaksanakan melalui sistem
penggiliran yang unik antara sembilan orang raja Melayu bagi
tempoh lima tahun. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut
Perlembagaan Persekutuan.
5 Yang di-Pertuan Agong melafazkan sumpah atau
ikrar dan menandatangani surat sumpah memegang
jawatan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
4 Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan akhbar
mengenai keputusan pemilihan jawatan Yang
di-Pertuan Agong.
3 Surat pengesahan pemilihan Yang di-Pertuan Agong
dihantar kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara
mengikut Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan.
2 Majlis Raja-Raja mengisytiharkan nama raja atau
sultan yang terpilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
1 Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat melalui undian sulit
oleh sembilan orang raja Melayu dalam Majlis Raja-Raja.
Rajah Kronologi Pemilihan Yang di-Pertuan Agong.
(Sumber: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja)
Institusi Yang di-Pertuan Agong memainkan peranan yang penting
sebagai tonggak perpaduan di negara kita. Kita sebagai rakyat haruslah
menghormati dan menyanjungi institusi tersebut.
AKTIVITI (Peta Alir)
Berdasarkan maklumat
tentang kronologi pemilihan
Yang di-Pertuan Agong,
lengkapkan peta alir ini.
AKTIVITI PAK-21 Fikir-Pasang-Kongsi (Think-Pair-Share)
Yang di-Pertuan Agong ialah tonggak perpaduan dalam negara kita.
1. Lakukan aktiviti ini secara berpasangan.
2. Masa yang diberikan ialah 10 minit.
3. Nyatakan kepentingan menghargai Yang di-Pertuan Agong.
4. Bentangkan hasil dapatan anda. Saiz sebenar
8.1.1 Nota • Bantu murid memahami kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua
K8.1.6 Guru Utama Negara. 93
• Bimbing murid untuk menerangkan kepentingan menghargai Yang di-Pertuan
Agong sebagai tonggak perpaduan.

