Page 103 - 2020 SK T5 Sejarah
P. 103
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong
Yang di-Pertuan Agong yang dipilih dimasyhurkan dalam majlis
istiadat pertabalan yang penuh gemilang di Istana Negara.
1
Yang di-Pertuan Agong melafazkan sumpah
memegang jawatan dalam Mesyuarat Majlis
Raja-Raja.
Yang di-Pertuan Agong menandatangani surat 2
sumpah memegang jawatan yang disembahkan
oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.
3 Perdana Menteri membacakan Watikah
Pengisytiharan di hadapan Yang di-Pertuan
Agong pada majlis istiadat pertabalan.
Yang di-Pertuan Agong mengucup Keris 4
Kerajaan sebagai Ketua Utama Negara pada
majlis istiadat pertabalan.
5 Yang di-Pertuan Agong melafazkan ikrar untuk
menjalankan pemerintahan yang adil dan
saksama pada majlis istiadat pertabalan.
Kedaulatan Yang di-Pertuan Agong jelas tergambar dalam istiadat
pertabalan yang dilaksanakan. Kita harus menghargai keutuhan institusi
Yang di-Pertuan Agong di negara kita. (Sumber: Istana Negara
dan Jabatan Penerangan Malaysia)
TAHUKAH ANDA?
Yang di-Pertuan Agong Glosari
menandatangani surat
Video pertabalan sumpah memegang jawatan Watikah: Surat tauliah
Yang di-Pertuan terlebih dahulu sebelum atau surat kuasa.
Saiz sebenar
Agong ke-16. majlis istiadat pertabalan. S aiz sebenar
Nota
8.1.3 Nota Bantu murid memahami istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong.
Guru
Guru 95
95

