Page 105 - 2020 SK T5 Sejarah
P. 105

Yang di-Pertuan Agong memperkenankan            Yang di-Pertuan Agong mempunyai
                     Rang Undang-Undang yang diluluskan              kuasa untuk memanggil, memberhentikan
                     oleh Parlimen.                                  dan membubarkan Parlimen.


                                                                         TAHUKAH ANDA?
                                                                         •  Rang Undang-Undang
                                                                             disediakan oleh menteri
                                                                             dan dibahaskan di Parlimen.
                                                                             Setelah diluluskan, Yang
                                                                             di-Pertuan Agong memberikan
                                                                             perkenan dan menurunkan
                                                                             Mohor Besar Persekutuan.

                     Yang di-Pertuan Agong mengurniakan
                     darjah kebesaran, bintang dan pingat.


                     (Sumber: Istana Negara, Kementerian Pertahanan Malaysia
                     dan Jabatan Penerangan Malaysia)
                         Berdasarkan bidang kuasa yang termaktub dalam Perlembagaan
                     Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong melaksanakan tugas dengan adil
                     dan saksama.
                                                                                        Glosari

                       Memperkenankan: Izin atau persetujuan yang diberikan oleh raja atau sesuatu
                       pihak supaya arahan atau penguatkuasaan sesuatu undang-undang dapat
                       dilaksanakan.


                        AKTIVITI PAK-21
                                                 Kajian Gambar (Visual Study)
                     1.  Bentukkan kumpulan.
                     2.  Teliti gambar di sebelah dan nyatakan perasaan
                         anda apabila melihat gambar tersebut.
                     3.  Jelaskan kepentingan mengekalkan institusi
                         Yang di-Pertuan Agong dengan menggunakan
                         pelbagai sumber.
                     4.  Bentangkan hasil dapatan.                                                 S aiz sebenar
                                                                                                   Saiz sebenar
                        8.1.4
                                                                                                         97
                       K8.1.7                                                                            97
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110