Page 102 - 2020 SK T5 Sejarah
P. 102
Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948 bagi
menggantikan Durbar. Majlis Raja-Raja dianggotai oleh sembilan orang
raja Melayu dan empat orang Yang di-Pertua Negeri. Antara tugas utama
Majlis Raja-Raja termasuklah melaksanakan pemilihan Yang di-Pertuan Agong.
Majlis Raja-Raja yang dianggotai oleh sembilan orang raja Melayu dan empat orang
Yang di-Pertua Negeri.
(Sumber: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja)
Sebelum Pemilihan Yang Semasa Pemilihan Yang Selepas Pemilihan Yang
di-Pertuan Agong di-Pertuan Agong di-Pertuan Agong
• Majlis Raja-Raja • Majlis Raja-Raja • Majlis Raja-Raja
memperkenankan melaksanakan mengisytiharkan
tarikh Mesyuarat proses pengundian nama Yang
Pemilihan. bagi pemilihan Yang di-Pertuan Agong.
di-Pertuan Agong yang
baharu.
Proses pemilihan Yang di-Pertuan Agong yang dilaksanakan oleh
Majlis Raja-Raja secara tertib menunjukkan betapa pentingnya institusi
Yang di-Pertuan Agong untuk negara kita.
TAHUKAH ANDA?
Cepat Jawab
• Pada tahun 1896, Durbar ditubuhkan dan
Bilakah Majlis Raja-Raja disertai oleh empat orang raja dari Perak,
ditubuhkan? Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan
(Negeri-negeri Melayu Bersekutu).
• Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
Saiz sebenar
S aiz sebenar mengurus segala urusan Majlis Raja-Raja.
Nota Bimbing murid untuk memahami peranan Majlis Raja-Raja dalam pemilihan 8.1.2
Nota
Guru
94
94 Guru Yang di-Pertuan Agong.

