Page 122 - Geografi_Tingkatan_4
P. 122

8.5         LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN
                         RISIKO BERLAKUNYA GERAKAN JISIM

             Bagi  mengurangkan  risiko  gerakan  jisim  seperti  kesotan  tanih,  aliran  lumpur  dan  gelongsoran
             tanah, beberapa pendekatan telah dicadangkan untuk menangani masalah ini.

                      Tanaman tutup bumi                                  Teres bukit
            ● Menanam tanaman tutup bumi di cerun bukit   ● Membuat teres bukit berupaya mengurangkan
              untuk menstabilkan cerun.                     proses gerakan jisim.
            ● Tanaman tutup bumi dapat mencengkam tanah   ●  Aktiviti pertanian secara berteres di kawasan
              dan mengurangkan pergerakan jisim.            cerun bukit dapat mengelakkan hakisan tanih,
            ●  Contoh menanam rumput dan kekacang di cerun   tanah runtuh dan aliran lumpur.
              bukit sekitar Lebuh Raya Utara Selatan.     ● Contoh teres bukit bagi pertanian padi
                                                            di Pulau Jawa (Indonesia).
                         Membina gabion
                                                                       Sungkupan plastik
            ●  Gabion ialah struktur yang dibina daripada
              susunan batu-batu bersaiz di antara 6 inci  ● Sungkupan plastik ialah proses menutup
              hingga 9 inci yang disusun dalam jejaring     permukaan tanah menggunakan plastik.
              dawai dan disalut dengan PVC.               ●  Sungkupan plastik diletakkan pada cerun yang
            ●  Gabion dibina untuk menghalang tanah runtuh     curam bagi mengelakkan air hujan menyusup
              daripada memasuki jalan.                      masuk ke dalam tanah dan menyebabkan
            ●  Contoh gabion dibina di jalan berbukit       tanah runtuh.
              di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur.         ●  Contoh sungkupan plastik di Bukit Kanada,
                                                            Miri (Sarawak).
                   Membina sistem perparitan
                                                                       Penyimenan cerun
            ●  Membina sistem perparitan di setiap teres
              di lereng bukit yang curam mengikut garis   ● Gerakan jisim dapat dikurangkan melalui
              konturnya merupakan satu langkah baik.        penyimenan cerun. Permukaan cerun bukit
            ●  Pembinaan perparitan dapat mengatasi masalah   disimen dan dibuat lubang bagi mengawal
              air bertakung dan susupan air ke dalam tanah   aliran dan susupan air ke dalam tanah.
              dan mengurangkan risiko gerakan jisim.      ●  Kaedah ini menjadikan cerun bukit lebih stabil.
            ●  Contoh sistem perparitan di Lebuh Raya Timur   ●  Contoh penyimenan cerun di Bukit Permai,
              Barat yang menghubungkan Gerik-Jeli.          Ampang Jaya (Selangor).

                  Kempen kesedaran alam sekitar                 Penguatkuasaan undang-undang
            ● Kempen kesedaran alam sekitar dapat         ●  Menjalankan penguatkuasaan undang-undang
              menyedarkan masyarakat tentang pentingnya     untuk mengurangkan kejadian gerakan jisim.
              pengurusan kawasan cerun dengan berkesan.   ●  Pelaksanaan dilakukan melalui Laporan
            ●  Kempen ini boleh dijalankan melalui pelbagai     Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling (EIA),
              cara iaitu media massa, ceramah, risalah      Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (pindaan 2012)
              dan sebagainya.                               dan Akta Pemuliharaan Tanah 1960 (Akta 385).
            ●  Contoh kempen penjagaan cerun yang dianjurkan   ●  Contoh pihak yang tidak bertanggungjawab boleh
              oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) di Kota   dikenakan tindakan denda RM 5000 atau penjara
              Belud (Sabah) pada Oktober 2017.              sehingga 6 bulan jika didapati bersalah.


                                                                                       BAB 08  Nota6  111
                                                                                        http://kubupublication.com.my/Geografi/Tingkatan4/Nota6.pdf
                Layari laman sesawang http://kubupublication.com.my/Geografi/Tingkatan4/Nota6.pdf
                untuk maklumat lanjut tentang langkah-langkah mengurangkan risiko berlakunya gerakan jisim.
                (Dicapai pada 10 Ogos 2019)

                                                      111
                                                      111
   117   118   119   120   121   122   123   124   125   126   127