Page 117 - Geografi_Tingkatan_4
P. 117
8.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
GERAKAN JISIM
Pergerakan jisim amat berkait rapat dengan kecerunan dan tarikan graviti. Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi gerakan jisim iaitu:
Ketinggian cerun Hujan lebat
● Kawasan tanah tinggi yang bercerun curam ● Purata hujan yang tinggi melebihi 2600 mm
sering mengalami gerakan jisim. menggalakkan pergerakan jisim.
● Di kawasan bercerun curam dengan ● Air hujan yang meresap ke dalam tanih akan
struktur tanah yang longgar lebih berisiko bergerak menuruni cerun menghasilkan
mengalami kejadian tanah runtuh. aliran lumpur.
Foto 8.5 Ketinggian cerun Foto 8.6 Kejadian aliran lumpur
Kurang litupan tumbuhan Pembalakan
● Kekurangan litupan tumbuhan di lereng ● Aktiviti pembalakan mengakibatkan
bukit menyebabkan akar pokok tidak dapat struktur tanah menjadi semakin longgar
mencengkam tanah. dan tidak stabil.
● Keadaan ini menyebabkan tanah terdedah, ● Hujan lebat menggalakkan kejadian tanah
mudah terhakis dan akhirnya mengakibatkan runtuh dan banjir lumpur.
tanah runtuh.
Foto 8.7 Kurang litupan tumbuhan Foto 8.8 Pembalakan
106
106

