Page 119 - Geografi_Tingkatan_4
P. 119

8.3         PROSES KESOTAN TANIH, ALIRAN LUMPUR
                       DAN TANAH RUNTUH

           Kesotan tanih mudah berlaku di kawasan beriklim tropika lembap apabila terdapat air di dalam
           tanah akibat hujan. Aliran lumpur pula giat berlaku di kawasan bercerun curam dan kurang litupan
           tumbuhan. Manakala kejadian tanah runtuh sering berlaku di kawasan lereng bukit atau gunung
           yang bercerun curam.

           Kesotan Tanih
                                                      ●  Kesotan tanih melibatkan pergerakan tanah
                                                         secara perlahan di cerun yang landai iaitu
                                                         sudut di antara 2° hingga 4°.
                                                      ●  Kandungan air dalam tanah menyebabkan
                                                         tanah berganjak daripada kedudukan asal
                                                         menuruni cerun landai secara perlahan
                                                         akibat tarikan graviti.
                                                      ●  Tanda-tanda berlaku kesotan tanih ialah
                                                         pokok, pagar, tiang elektrik, tiang telefon
                                                         dan dinding batu menjadi condong.



           Aliran Lumpur


                                                      ●  Aliran lumpur berlaku apabila lapisan tanih
                                                         yang longgar dipermukaan cerun bercampur
                                                         dengan air hujan dan menjadi lumpur.
                                                      ●  Lumpur akan bergerak dengan cepat
                                                         menuruni cerun melalui alur atau lurah
                                                        dan dimendapkan di kaki bukit.





           Tanah Runtuh
                                                      ●  Hujan lebat, aktiviti pembalakan dan
                                                         pengkuarian di kawasan cerun bukit
                                                         menyebabkan akar tumbuhan tidak
                                                        dapat mencengkam tanah dan
                                                        struktur tanah menjadi longgar.
                                                      ●  Keadaan ini menyebabkan kejadian
                                                        tanah runtuh apabila tanah bergerak
                                                        menuruni cerun curam dengan cepat
                                                        akibat tarikan graviti.



                                                          8C
                                         Bagaimanakah aliran lumpur terjadi?


                                                     108
                                                     108
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124