Page 120 - Geografi_Tingkatan_4
P. 120
8.4 KESAN ALIRAN LUMPUR DAN TANAH RUNTUH
DI ASIA TENGGARA
Aliran lumpur dan tanah runtuh yang berlaku di Asia Tenggara telah meninggalkan kesan kepada
manusia dan alam sekitar.
Kesan Kepada Manusia
Mengorbankan nyawa Memusnahkan harta benda dan infrastruktur
● Aliran lumpur dan tanah runtuh boleh ● Penduduk yang terlibat dengan kejadian
mengancam dan mengorbankan nyawa. aliran lumpur dan tanah runtuh akan
● Keadaan ini berlaku apabila mangsa mengalami kemusnahan harta benda
tertimbus semasa berlaku aliran lumpur seperti rumah, kenderaan dan sebagainya.
dan tanah runtuh. ● Kemudahan infrastruktur juga akan
● Contoh aliran lumpur yang berlaku musnah seperti jalan raya, bekalan air
di Hanoi (Vietnam) pada Ogos 2017 dan elektrik.
menyebabkan 26 orang terkorban ● Contoh tanah runtuh yang berlaku pada
dan 27 orang lagi cedera. Januari 2017 di Jalan Sabuk Merah
(Timor Leste) telah menyebabkan
kerosakan jalan raya yang teruk.
Kemusnahan tanaman
● Kawasan yang terlibat dengan aliran Kesesakan lalu lintas
lumpur dan tanah runtuh juga akan
mengalami kemusnahan tanaman. ● Kesan aliran lumpur dan tanah runtuh turut
● Keadaan ini menyebabkan kawasan menyebabkan kesesakan lalu lintas.
pertanian musnah dan petani terpaksa ● Mendapan lumpur dan tanah yang
menanggung kerugian. melimpah di atas jalan raya akan
● Contoh kemusnahan tanaman di daerah menghalang laluan trafik.
Sigi, Sulawesi Tengah (Indonesia) pada ● Contoh banjir lumpur di Jalan Seremban-
Oktober 2018. Kuala Pilah pada April 2018 menyebabkan
kesesakan lalu lintas yang teruk.
Menjejaskan aktiviti manusia
● Aliran lumpur dan tanah runtuh telah Layari laman sesawang http://kubupublication.com.my
Video9
109
BAB 08
menjejaskan aktiviti manusia seperti /Geografi/Tingkatan4/Video9.html http://kubupublication.com.my/Geografi/Tingkatan4/Video9.html
pembinaan, pertanian dan perlombongan. untuk maklumat lanjut tentang kesan
tanah runtuh di Pulau Pinang.
● Kemusnahan akibat tanah runtuh (Dicapai pada 24 Mei 2019)
memerlukan kos yang tinggi bagi
proses baik pulih.
● Contoh tanah runtuh di lombong jed
Kachin (Myanmar) pada April 2019.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita
seharusnya memastikan aktiviti pembangunan yang
dijalankan tidak menjejaskan manusia dan alam sekitar.
109
109

