Page 130 - Geografi_Tingkatan_4
P. 130
Cara-cara hakisan sungai
Air sungai menghakis dasar dan tebing sungai dengan beberapa cara. Terdapat empat cara hakisan
sungai iaitu:
● Tindakan hidraul ialah tindakan air sungai yang
menghakis tebing dan dasar sungai.
Tindakan ● Hempasan air sungai yang kuat akan mengeluarkan
hidraul batuan seperti kerikil, pasir dan kelodak dan boleh
menyebabkan tanih dan batuan yang mempunyai
struktur yang padat pecah.
● Bahan-bahan yang diangkut oleh aliran air sungai
seperti serpihan batuan, kerikil, pasir, kelodak
Tindakan merupakan agen tindakan geseran.
geseran ● Bahan-bahan ini akan bergeser di tebing sungai
dan bergolek di dasar sungai.
● Tindakan geseran akan menghakis dasar dan
Cara-cara tebing sungai.
hakisan sungai
● Tindakan lagaan merujuk kepada bahan-bahan yang
diangkut oleh sungai berlaga antara satu sama lain
sehingga menyebabkan bahan-bahan tersebut pecah,
lalu menjadi lebih kecil dan halus.
Tindakan ● Tindakan lagaan berlaku disebabkan oleh sifat
lagaan pergerakan bahan itu sendiri iaitu batuan yang
kasar dan berat bergerak secara perlahan manakala
serpihan batuan yang kecil, lebih ringan bergerak
dengan lebih cepat.
● Tindakan larutan merujuk kepada hakisan secara kimia
Tindakan iaitu air sungai bertindak melarutkan batuan yang
larutan terdapat pada dasar dan tebing sungai.
● Tindakan ini melibatkan batuan yang mudah larut
seperti batu kapur dan batu garam.
9A
Nyatakan cara-cara hakisan sungai.
119
119

