Page 133 - Geografi_Tingkatan_4
P. 133

9.3         BENTUK MUKA BUMI AKIBAT TINDAKAN AIR
                       SUNGAI DI PERINGKAT HULU, TENGAH DAN HILIR


           Tindakan air sungai di peringkat hulu, tengah dan hilir menghasilkan pelbagai bentuk muka bumi.












































                                           Rajah 9.6  Profil panjang sungai

           9.3.1      Tindakan Air Sungai di Peringkat Hulu Sungai

           Tindakan hakisan di hulu sungai telah membentuk bentuk muka bumi iaitu lurah ‘V’, air terjun,
           jeram dan lubang periuk.

             Lurah ‘V’

             ●  Di peringkat hulu sungai, tindakan hakisan menegak
                terhadap alur sungai membentuk lurah ‘V’ yang sempit
                dan tebingnya yang curam.
             ●  Tebing curam dikenali sebagai gaung atau jurang.
             ●  Contoh lurah ‘V’ di Grand Canyon (Amerika Syarikat).


                                                                           Rajah 9.7  Lurah ‘V’

                                                     122
                                                     122
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138