Page 131 - Geografi_Tingkatan_4
P. 131
9.2.2 Tindakan Air Sungai Melalui Pengangkutan
Pengangkutan ialah proses pemindahan, mengangkut atau membawa bahan-bahan yang ada di dalam
alur sungai dari peringkat hulu ke peringkat hilir. Proses pengangkutan sungai berlaku melalui empat
cara iaitu:
Aliran sungai Apungan
Seretan Larutan
Lompatan
Dasar sungai
Rajah 9.5 Cara-cara pengangkutan sungai
Seretan
● Seretan ialah suatu proses menyeret beban sedikit demi sedikit di sepanjang dasar sungai.
● Beban yang diangkut melalui proses ini bersifat kasar, berat dan tumpat seperti batu tongkol.
Lompatan
● Proses yang melibatkan pemindahan bahan-bahan dalam bentuk satu siri lompatan.
● Bahan-bahan yang sederhana besar dan berat seperti kerikil dan serpihan yang bersegi-segi
diangkut oleh sungai melalui cara lompatan mengikut arus aliran sungai.
Apungan
● Apungan berlaku terhadap beban yang ringan dan mempunyai daya apungan.
● Bahan-bahan yang ringan tidak tenggelam kerana terdapat pusaran arus di dasar sungai.
● Contoh bahan-bahan yang bergerak secara apungan seperti daun-daun, kelodak dan pasir.
Larutan
● Air sungai bertindak melarutkan bahan-bahan seperti kalsium karbonat, gipsum, silika,
ammonium, sulfur dan potasium.
Info
9B
Proses pengangkutan sungai dipengaruhi 1. Apakah yang dimaksudkan dengan proses
oleh faktor bentuk dan saiz beban, perbezaan pengangkutan sungai?
halaju arus sungai, jenis aliran sungai dan isi 2. Nyatakan empat cara pengangkutan di dasar sungai.
padu air sungai. 3. Nyatakan cara-cara kelodak diangkut di dalam air sungai.
120
120

