Page 135 - Geografi_Tingkatan_4
P. 135

9.3.2      Tindakan Air Sungai di Peringkat Tengah Sungai

           Aliran sungai semakin perlahan di peringkat tengah. Bentuk muka bumi yang terhasil di peringkat
           tengah sungai ialah:

             Lurah bentuk ‘U’
                                                            Tebing Sungai
             ●  Lurah bentuk ‘U’ terbentuk apabila aliran sungai
               di peringkat tengah sungai tidak begitu deras.
             ●  Tindakan hakisan melebar lebih pesat daripada
               hakisan menegak.
             ●  Contoh lurah bentuk ‘U’ Glacier National Park,
               Montana (Amerika Syarikat).
                                                                         Rajah 9.10  Lurah bentuk ‘U’

             Likuan sungai

             ●  Sungai mula berliku di bahagian tengah sungai. Setiap likuan sungai mempunyai tebing cekung
               dan tebing cembung.
             ●  Hakisan berlaku di tebing cekung sungai dan pemendapan berlaku di tebing cembung sungai.
             ●  Tebing cekung adalah dalam sementara tebing cembung adalah cetek.
             ●  Contoh Sungai Lendu, Alor Gajah (Melaka).



                                   Air
                                                           Pemendapan lebih giat

                      Hakisan tebing   Pemendapan                             Hakisan sisi giat berlaku
                      bawah cekung     tebing cembung                 Sungai

                                             Rajah 9.11  Likuan Sungai

             Susuh bukit berpanca

             ●  Susuh bukit berpanca terbentuk di kawasan
               pergunungan yang terdiri daripada batuan      Tebing cekung  Susuh bukit  Tebing cembung            X                 Y
               keras dan batuan lembut.
             ●  Sungai menghakis batuan lembut dengan lebih
               cepat berbanding dengan batuan keras.
             ●  Hakisan sisi yang giat berlaku di bahagian batuan
               lembut menghasilkan cenuram dan membentuk
               batuan keras tertonjol sebagai tebing cembung.
             ●  Contoh Black River Valley (Vietnam).               Rajah 9.12  Susuh bukit berpanca




                                             9D
                            1.  Bagaimanakah lubang periuk terjadi?
                            2.  Nyatakan bentuk muka bumi yang terhasil di peringkat tengah sungai.


                                                     124
                                                     124
   130   131   132   133   134   135   136   137   138   139   140