Page 199 - Geografi_Tingkatan_4
P. 199

14.3         POLA PETEMPATAN


           Pola petempatan ialah susun atur rumah atau bangunan di sesuatu tempat atau kawasan. Terdapat
           empat pola petempatan iaitu:

           Jadual 14.2  Pola petempatan
                     Pola petempatan                  Ciri-ciri              Taburan/lokasi

            Berpusat                           Susun atur rumah-rumah  Banyak bangunan dan rumah
               Berpusat
                                               adalah padat.          dibina padat dan bertumpu
                                                                      di sekeliling pusat tumpuan
                                                                      penduduk seperti masjid,
                                                                      sekolah, persimpangan jalan
                                                                      raya. Contoh Seremban
                                                                      (Negeri Sembilan) dan Dubai
                                                                      (Emiriah Arab Bersatu).
            Berjajar                           Susun atur rumah dan   Rumah-rumah ini dibina selari
               Berjajar
                                               bangunan terletak dalam  dengan sungai, tali air,
                                               satu barisan atau deretan. jalan raya atau jalan kereta api.
                                                                      Contoh sepanjang landasan
                                                                      kereta api antara Klang dengan
                                                                      Kuala Lumpur dan laluan kereta
                                                                      api Shinkansen di Tokyo-
                                                                      Nagoya-Kyoto-Osaka (Jepun).

            Berkelompok                        Susun atur rumah dan   Tanah Rancangan FELDA
             Berkelompok
                                               bangunan adalah rapat   dan Ladang Chersonese,
                                               dalam satu kelompok    Kuala Kurau (Perak).
                                               yang terancang dan
                                               teratur.






            Berselerak                         Susun atur kediaman dan  Terletak di kawasan luar bandar.
              Berselerak
                                               bangunan tidak sekata.   Dibina di kawasan tanah
                                               Rumah-rumah dibina     persendirian. Menjalankan
                                               secara berselerak tanpa   aktiviti pertanian seperti
                                               susunan. Jaraknya agak  kebun kecil getah, padi
                                               jauh antara satu rumah   dan kelapa sawit.
                                               dengan yang lain dan
                                               terpencil.



                                 14B
                Pada pendapat anda, apakah kemudahan disediakan oleh pihak kerajaan apabila berlaku perkembangan
                sesebuah petempatan?


                                                     188
                                                     188
   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204