Page 203 - Geografi_Tingkatan_4
P. 203
Bandar Pentadbiran
● Berfungsi sebagai ibu negeri, ibu negara atau pusat pentadbiran.
● Menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan kerajaan kepada
penduduk.
● Contoh Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, Kota Kinabalu ibu negeri Sabah, Kota Bharu ibu
Foto 14.10 Putrajaya negeri Kelantan dan Paris ibu negara Perancis.
Bandar Sempadan
● Bandar ini terletak di sempadan negara yang berfungsi
sebagai pintu keluar dan masuk sesebuah negara.
● Contoh Rantau Panjang (Kelantan), Padang Besar
(Perlis), Bukit Kayu Hitam (Kedah), Serikin dan Limbang
(Sarawak), Collioure (Perancis) dan Cadaques (Sepanyol).
Foto 14.11 Rantau Panjang (Kelantan)
Bandar Pertahanan
● Bandar yang terdapat pangkalan tentera udara, laut
dan darat yang mempunyai kemudahan pertahanan.
● Contoh Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia
di Lumut (Perak), Pusat Latihan Asas Tentera Darat
(PUSASDA) di Port Dickson (Negeri Sembilan) dan
Fort Bragg di North Carolina (Amerika Syarikat).
Foto 14.12 Port Dickson (Negeri Sembilan)
Bandar Teknologi Maklumat
● Bandar yang dibangunkan untuk memajukan
teknologi maklumat dan komunikasi negara.
● Agensi kerajaan dan swasta yang berkaitan
dengan pembangunan teknologi maklumat yang
beroperasi di bandar ini.
● Contoh Cyberjaya (Selangor), Bristol (England)
dan Sacramento (Amerika Syarikat).
Foto 14.13 Cyberjaya (Selangor)
Info
Cyberjaya merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia. Berada kira-kira 50 km
di selatan Kuala Lumpur, iaitu bersebelahan dengan Putrajaya. Bandar ini diasaskan sebagai bandar pintar
mengikut konsep Silicon Valley (Amerika Syarikat). Upacara perasmian telah diadakan pada Mei 1997 oleh
Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.
(Sumber: Cyberjaya Malaysia, 2019)
192
192

