Page 201 - Geografi_Tingkatan_4
P. 201
14.5 FUNGSI PETEMPATAN BANDAR DAN
PETEMPATAN LUAR BANDAR
Fungsi petempatan merujuk kepada peranan sesuatu kawasan petempatan. Petempatan luar bandar
dan petempatan bandar adalah berbeza berdasarkan fungsinya.
Fungsi Petempatan Bandar
Setiap bandar mempunyai fungsi masing-masing. Fungsi tersebut yang membezakan antara sebuah
bandar dengan bandar yang lain. Berikut ialah fungsi petempatan bandar:
Bandar Perindustrian
● Bandar yang mempunyai kawasan industri
yang luas.
● Penduduknya bekerja dalam bidang pengeluaran,
kejuruteraan dan berteknologi tinggi.
● Contoh Shah Alam (Selangor), Yokohama
(Jepun) dan Wolfsburg (Jerman).
Foto 14.3 Kilang kereta di Wolfsburg (Jerman)
Bandar Pelabuhan
● Bandar pelabuhan yang mengendalikan eksport dan
import barangan.
● Menyediakan kemudahan kontena, gudang, dermaga
dan limbungan untuk membaiki kapal.
● Contoh Pelabuhan Pasir Gudang (Johor), Pelabuhan
Klang (Selangor), Pelabuhan Bintulu (Sarawak),
Pelabuhan Labuan (Sabah), Pelabuhan Shanghai
(China) dan Pelabuhan Rotterdam (Belanda).
Foto 14.4 Pelabuhan Rotterdam (Belanda)
Bandar Perlombongan
● Bandar ini berkembang akibat penerokaan sumber
mineral yang terdapat di kawasan sekitarnya.
● Contoh Kerteh (petroleum), Bintulu (gas asli), Ipoh
(bijih timah), Kuznetsk dan Kansk-Achinsk di Rusia
(arang batu).
Foto 14.5 Kerteh (Terengganu)
Kita patut merasa bangga kerana negara kita mampu mengeluarkan kereta buatan sendiri.
190
190

