Page 200 - Geografi_Tingkatan_4
P. 200

14.4         FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
                        POLA PETEMPATAN

            Pola petempatan dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti berikut:

            Jadual 14.3  Faktor mempengaruhi pola petempatan
                                                                                          Pola
                                                 Faktor                               petempatan

                         ●  Kawasan tanah pamah yang rata memudahkan dan
                           mengurangkan kos penyediaan kemudahan asas seperti
              Fizikal      bekalan air dan elektrik, sekolah, rumah ibadat dan jalan raya.  Berpusat
                         ●  Contoh sekolah menjadi pusat kepada petempatan,
                           rumah-rumah akan dibina di sekelilingnya.


                         ●  Dibina di sepanjang parit atau sungai untuk memudahkan
             Ekonomi       aktiviti ekonomi seperti penanaman padi dan menangkap ikan.   Berjajar
                         ●  Petempatan dibina di sepanjang jalan raya dan jalan kereta api
                           kerana mempunyai tahap ketersampaian yang tinggi.


                            ● Mudah untuk dirancang dan lebih tersusun.
                            ● Keselamatan penduduk lebih terjamin.
             Governan                                                                 Berkelompok
                            ● Memudahkan pengangkutan penduduk ke tempat kerja.
                         ● Contoh petempatan FELDA.


                         ●  Dibina di atas tanah milik persendirian.
                         ●  Petempatan dibina di kawasan yang subur untuk aktiviti pertanian.
              Sosial                                                                    Berselerak
                         ●  Dijalankan secara kecil-kecilan seperti kebun kecil getah,
                           kebun sayur-sayuran dan dusun buah-buahan.



                         14A           Membuat model
             Tajuk:    Pola Petempatan.
             Objektif:  1.  Membuat model pola petempatan di tempat tinggal.
                      2.  Menerangkan faktor yang mempengaruhi pola petempatan.
             Bahan/alatan:  Kertas A4, pen penanda pelbagai warna dan pensil warna.
             Langkah-langkah:
             1.  Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kawasan kediaman masing-masing.
             2.   Setelah diberi penerangan dan berbincang, setiap kumpulan diminta membina model pola
                 petempatan tempat tinggal kumpulan mereka.
             3.   Wakil kumpulan membuat pembentangan model pola petempatan dan faktor mempengaruhinya.
             4.   Pamerkan hasil kerja di sudut pameran kelas.


                              14C
             Rancangan tanah mempunyai petempatan yang terancang dan pola berkelompok. Bincangkan kelebihan merancang
             petempatan tersebut.

                                                      189
                                                      189
   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205