Page 225 - Geografi_Tingkatan_4
P. 225
16.1 PENENTUAN TAJUK
Tajuk kajian lapangan boleh dipilih berdasarkan tema geografi tingkatan 4 yang telah anda
pelajari. Semasa memilih tajuk kajian, anda boleh mendapatkan panduan daripada guru mata
pelajaran. Tajuk yang dipilih perlu jelas dan boleh menimbulkan perasaan ingin tahu untuk
meneroka sesuatu maklumat.
Isu semasa yang berkaitan dengan topik yang telah anda pelajari adalah amat sesuai untuk dijadikan
tajuk kerja lapangan anda. Rajah 16.2 menunjukan perkara yang perlu difikirkan semasa memilih
isu atau tajuk yang sesuai.
Apakah isu atau Adakah isu tersebut
masalah yang wujud? sesuai dengan bab yang
telah dipelajari?
Di manakah
lokasi kajian?/ Jelaskan
Adakah data mudah kepentingan isu.
diperoleh?
Impak dan kesan
daripada kajian
Rajah 16.2 Panduan Memilih Tajuk Kajian Lapangan
GLOSARI
Kerja lapangan: Kajian tentang sesuatu yang dilakukan
di tempat semula jadinya untuk mendapatkan data,
maklumat dan sebagainya bagi tujuan tertentu dan bukan
dijalankan di dalam makmal, pejabat dan sebagainya. Kerja lapangan memupuk semangat
(Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015) bekerjasama dalam masyarakat.
214
214

