Page 226 - Geografi_Tingkatan_4
P. 226

16.2         PERANCANGAN


             Anda perlu merancang kerja lapangan dengan  ●  Seterusnya anda perlu merancang kaedah
             menyediakan jadual kerja sepanjang tempoh        kajian yang hendak dilaksanakan. Pelbagai
             pelaksanaan. Anda boleh berbincang dengan guru   kaedah kajian boleh anda gunakan untuk
             mata pelajaran untuk membantu menyediakan        mengumpul  data dan maklumat.  Anda
             jadual kerja.                                    boleh memilih sama ada menggunakan
                                                              kaedah kualitatif atau kaedah kuantitatif.
             Antara perkara yang perlu dirancang ialah:       Kaedah    kualitatif  melibatkan  temu
             a)  Tempoh masa                                  bual,  pemerhatian,  rujukan dan analisis
             b)  Objektif kajian                              dokumen. Kaedah kuantitatif menggunakan
             c)  Kaedah kajian                                soal selidik semasa melaksanakan kajian
             d)  Pemilihan lokasi                             lapangan anda.
             e)  Pemilihan sampel kajian
             ●  Tempoh pelaksanaan mengambil masa antara
               dua hingga empat minggu bergantung kepada
               perbincangan dengan guru anda. Kerja lapangan
               boleh dilakukan secara berkumpulan, namun
               hasil dapatan perlu dilaporkan secara individu.
             ●  Anda  juga  perlu  memikirkan  objektif kajian
               lapangan. Objektif  kajian adalah  untuk
               menerangkan tujuan anda melakukan kajian.
               Objektif kajian perlu dimulakan dengan kata
               kerja  seperti  mengenal  pasti,  mencadangkan,
               mengkaji,  membandingkan, menghuraikan,
               menganalisis dan menilai.




                                               KAEDAH KAJIAN

                                                                                   Temu bual
                   Pemerhatian                                              ●  Anda menyediakan
                                                                              soalan berkaitan isu
             ●  Membuat pemerhatian                                           yang hendak dikaji
                di kawasan kajian dan                                         mengunakan borang
                mencatat tentang isu                                          temu bual.
                yang hendak dikaji.
             ●  Foto yang diambil                                           ●  Menyediakan borang
                                                                              temu bual sebagai
                boleh menjadi bahan                                           panduan semasa
                bukti kaedah ini.                                             menjalankan temu bual.

                                                                            ●  Orang yang anda
                                                                              temu bual dipanggil
                                                                              responden atau orang
                                                                              sumber.



                                                      215
                                                      215
   221   222   223   224   225   226   227   228   229   230   231