Page 229 - Geografi_Tingkatan_4
P. 229
16.5 PENGANALISISAN DATA
Data kuantitatif yang dikumpulkan melalui soal selidik perlu dianalisis untuk mendapatkan jumlah,
purata, peratus dan sebagainya. Data kualitatif yang dikumpul melalui temu bual, pemerhatian dan
analisis dokumen dianalisis berdasarkan keperluan kerja lapangan.
16.6 KESIMPULAN
Kesimpulan dilakukan berdasarkan data atau maklumat yang diperoleh manakala laporan kerja
lapangan adalah mengikut panduan yang berikut:
Jadual 16.2 Format laporan kajian lapangan
Bil. Kandungan Halaman
1 Penghargaan
2 Pendahuluan
3 Objektif Kajian
4 Kawasan Kajian
5 Kaedah Kajian
6 Hasil Kajian
7 Kesimpulan
8 Rujukan
Kriteria dan proses kerja murid perlu dijalankan setelah mengenal pasti tajuk atau isu yang
hendak dikaji:
Perancangan ● Jadual kerja
● Objektif kajian
● Penentuan kaedah kajian
Proses awal ● Mengumpul maklumat
daripada pelbagai
sumber menggunakan
kaedah yang sesuai
● Penghargaan
Laporan akhir ● Pendahuluan
● Objektif Kajian
● Kawasan Kajian
● Kaedah Kajian
● Hasil Kajian
● Kesimpulan
● Rujukan
218
218

