Page 87 - Geografi_Tingkatan_4
P. 87
6.1 JENIS-JENIS BATUAN
Tiga jenis batuan iaitu batuan igneus, batuan enapan dan batuan metamorfosis mengalami cara
pembentukan yang berbeza. Keadaan ini menghasilkan kepelbagaian jenis, kandungan mineral,
struktur dan warna batuan.
Batuan
Igneus
Jenis batuan igneus
● Batuan igneus terjadi disebabkan oleh
proses penyejukan dan pemejalan
magma dan lava.
● Batuan igneus terbahagi kepada dua jenis
iaitu batuan igneus rejahan dan batuan
igneus terobosan.
Gabro Obsidian
Rejahan Terobosan
Granit Pumis
Diorit Basalt
GLOSARI
Batuan igneus rejahan: Terhasil daripada penyejukan dan pembekuan magma di dalam kerak bumi.
Batuan igneus terobosan: Terhasil apabila lava membeku secara cepat di permukaan bumi.
76
76

