Page 82 - Geografi_Tingkatan_4
P. 82
MELINDUNGI DIRI
Latihan menghadapi bencana alam SEMASA BENCANA ALAM
● Bagi mengurangkan risiko bencana
tsunami, gempa bumi dan letusan gunung
berapi, latihan tentang cara-cara untuk
menyelamatkan diri perlu dijalankan.
● Contoh: Gempa bumi
- Murid-murid di Jepun dilatih berlindung
di bawah meja ketika berlaku gempa bumi.
- Pekerja yang bekerja di bangunan tinggi
dilatih mengosongkan bangunan dengan
cepat sekiranya terdapat amaran tsunami. Tsunami
- Penduduk memakai topeng muka untuk
mengelakkan sesak nafas dan asma.
Kempen kesedaran alam sekitar
● Kempen kesedaran tentang alam sekitar dijalankan untuk
memberi pendedahan kepada masyarakat tentang cara-cara
menjaga alam sekitar dan kepentingan hutan paya bakau
di kawasan pinggir pantai sebagai penampan ombak.
● Contoh kempen penanaman anak pokok bakau dijalankan
oleh United Way Mumbai (UWM) di India dan pertubuhan
(Sumber: United Way Mumbai, 2015) Save Freedom Island Movement (SFIM) di Manila (Filipina).
Teknologi kalis gempa
● Penggunaan teknologi kalis gempa dapat
membantu mengurangkan risiko bangunan
runtuh dan mengalami kerosakan yang teruk.
● Antaranya ialah memasang gentian
karbon pada bahagian luaran dan dalaman
bangunan, menggunakan peredam seismik
sebagai kerangka bangunan dan meletakkan
pelapik getah sebagai alas bangunan untuk
menahan gegaran.
● Contoh negara Jepun, bangunan kalis gempa Foto 5.10 Bangunan kalis gempa di Jepun
dibina untuk mengelakkan kerosakan teruk
pada bangunan semasa gempa bumi.
5C
Sekiranya anda berada di kawasan yang sedang mengalami gempa bumi, apakah tindakan yang perlu anda lakukan?
71
71

