Page 91 - Geografi_Tingkatan_4
P. 91

Batuan metamorfosis terhasil apabila batuan mengalami tekanan
                                       suhu dan haba yang tinggi sehingga mengalami perubahan
                                       tekstur, komposisi mineral dan membentuk batuan baharu.



                Batuan
            Metamorfosis               Batuan metamorfosis lebih bersinar dan menarik berbanding
                                       batuan asal.




                                       Kesemua batuan metamorfosis mempunyai struktur berhablur.
                                       Batuan ini terbahagi kepada dua jenis iaitu batuan berjalur dan
                                       batuan tidak berjalur.



                                                        Batuan berjalur mempunyai susunan mineral
                                                        yang selari di dalam setiap lapisan batuan.
                                                        Contoh syis dan gneis.



                    Syis                                Batuan tidak berjalur mempunyai susunan
                                                        mineral yang tidak teratur. Contoh batu
                                                        marmar dan kuartzit.









                          Gneis


                                                    Batu marmar                   Kuartzit

           Jadual 6.3  Ciri-ciri Batuan Metamorfosis
               Batuan        Tekstur            Batuan Asal              Bentuk Muka Bumi

            Syis          Sederhana kasar Slat, basalt dan granit  Tanah tinggi dan permatang
            Gneis         Kasar           Granit                   Tanah tinggi
            Batu marmar Kasar             Batu kapur               Tanah tinggi dan gua batu kapur

            Kuartzit      Sederhana kasar Batu pasir               Permatang sisa dan bukit sisa
                                                          (Sumber:  Khaw Ah Seng & Habibah Hj. Lateh, 2002)
                               Info

                             Suhu proses metamorfosis bagi batu kuartzit antara 200°C hingga 400°C.
                                                         (Sumber:  Ronald Louise Bonewitz, 2012)


                                                     80
                                                     80
   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95   96