Page 92 - Geografi_Tingkatan_4
P. 92
6.2 PEMBENTUKAN BATUAN
Batuan boleh terbentuk di permukaan bumi atau di bahagian bawah kerak bumi. Pembentukan
batuan igneus, batuan enapan dan batuan metamorfosis adalah melalui proses berikut:
Batuan Igneus Batuan Enapan Batuan Metamorfosis
Proses penyejukan dan Proses mendapan dan mampatan Proses metamorfosis suhu dan
pemejalan magma dan lava. serpihan batuan dan sedimen. tekanan tinggi pada batuan.
● Batuan igneus terbentuk akibat proses penyejukan dan
pemejalan magma dan lava.
● Magma yang membeku di dalam kerak bumi membentuk batuan
igneus rejahan seperti batu granit dan gabro.
Rejahan
● Batu granit mempunyai tekstur yang kasar dan berwarna cerah
kerana mengandungi mineral feldspar, kuartza dan mika.
● Batu gabro pula mempunyai tekstur kasar dan berwarna gelap
kerana mengandungi mineral feldspar, piroksin dan olivin.
Pembentukan
Batuan Igneus
● Magma yang keluar ke permukaan bumi dikenali sebagai lava
akan membentuk batuan igneus terobosan seperti batu obsidian
dan basalt.
Terobosan ● Batu obsidian mempunyai tekstur berkaca dan berwarna gelap.
● Kandungan mineral utamanya ialah ferum dan magnesium.
● Batu basalt teksturnya lebih halus, berwarna gelap dan terdiri
daripada mineral feldspar, olivin dan piroksin.
Batuan Lava Batuan
igneus igneus BAB 06 Nota5 81
terobosan terobosan http://kubupublication.com.my/Geografi/Tingkatan4/Nota5.pdf
Layari laman sesawang http://
kubupublication.com.my/
Batuan Geografi/Tingkatan4/Nota5.
igneus pdf untuk maklumat lanjut
rejahan
tentang kitaran batuan.
(Dicapai pada 15 Mac 2019)
Magma
Rajah 6.1 Proses pembentukan batuan igneus
81
81

