Page 96 - Geografi_Tingkatan_4
P. 96
6.4 KEPENTINGAN BATUAN IGNEUS, BATUAN ENAPAN
DAN BATUAN METAMORFOSIS
Kepesatan sektor pembinaan di Malaysia menggalakkan permintaan yang tinggi terhadap sumber
batuan. Perkembangan jaringan jalan raya, perindustrian berasaskan batu kapur dan sebagainya
menjadikan sumber batuan sangat penting dalam pembangunan sesebuah negara.
Kepentingan Batuan Igneus
Basalt Granit
● Membuat balast landasan kereta api. ● Membina jalan raya, jalan kereta api,
● Pembinaan jalan raya. bangunan, jambatan, empangan dan
● Komponen utama yang perkakasan dapur.
dicampur bersama asfalt
(bitumen) dalam pembinaan
jalan raya.
● Penebat haba, bunyi dan
api dalam kereta, kapal terbang dan bangunan.
Kepentingan Batuan Enapan
Batu Pasir Batu Kapur
● Membuat kaca. ● Bahan utama pembuatan simen dan kapur.
● Bahan binaan bangunan. ● Batu kapur turut digunakan untuk meneutralkan keasidan tanih
khususnya dalam bidang pertanian.
● Pandang darat karst di kawasan gua batu
kapur menggalakkan aktiviti pelancongan.
Contoh Gua Tempurung (Perak) dan
Gua Niah (Sarawak).
Kepentingan Batuan Metamorfosis
Batu Permata Batu Marmar
● Dijadikan sebagai barang kemas dan ● Batu marmar digunakan dengan meluas
perhiasan wanita. dalam pembinaan bangunan dan rumah
● Berlian juga dijadikan mata pengisar, seperti membuat
pemotong kaca lantai, dinding,
dan mata gerudi. kabinet dapur
dan meja.
Info
Berlian merupakan batuan yang paling keras di dunia dan berasal dari unsur karbon.
Kualiti berlian dinilai berasaskan karat, kejernihan, warna dan potongan berlian.
85
85

