Page 101 - Geografi_Tingkatan_4
P. 101
7.1 KONSEP DAN JENIS LULUH HAWA
Konsep Luluh Hawa:
● Luluh hawa ialah proses pemecahan, pereputan dan penguraian batuan di sesuatu tempat secara
in situ oleh agen-agen luluh hawa iaitu air, cahaya matahari, angin, perubahan suhu, tindakan
manusia, haiwan dan akar tumbuhan.
● Jenis-jenis luluh hawa adalah seperti berikut:
● Luluh hawa fizikal ialah proses pemecahan dan
penyepaian batuan besar kepada serpihan-serpihan
kecil tanpa mengubah kandungan kimia batuan.
● Luluh hawa fizikal paling dominan di kawasan
gurun dan kawasan tropika lembap.
Luluh Hawa
Fizikal
Luluh Hawa
Kimia
Luluh Hawa
Biologi
● Luluh hawa kimia merupakan proses pereputan
dan penguraian batuan apabila batuan bertindak
balas dengan air, oksigen, asid organik dan
karbon dioksida. Tindak balas ini menyebabkan ● Luluh hawa biologi ialah proses
kandungan dan struktur asas mineral dalam pemecahan dan penguraian batuan
batuan berubah. akibat tindakan tumbuhan, haiwan,
● Tindak balas tersebut akan melemahkan ikatan mikroorganisma dan manusia sama
mineral dalam batuan, melarutkan mineral ada secara fizikal atau kimia.
batuan dan menyebabkan batuan mengembang ● Luluh hawa biologi aktif di kawasan
dan terluluh hawa. tropika lembap.
● Luluh hawa kimia sangat dominan di kawasan
tropika lembap.
Info
Luluh hawa secara in situ bermaksud batuan yang terluluh hawa 7A
berada di tempat asal dan tidak dipindahkan ke tempat lain. Senaraikan tiga jenis luluh hawa.
(Sumber: Chek Zainon Shafie, Baizura Ab. Ghani, Azman Abdullah dan
Kuswandi Tayen, 2015)
90
90

