Page 84 - BUKU TEKS PJPK 2021
P. 84

Kitaran Haid
           Kitaran haid ialah tempoh berlakunya haid yang pertama hingga haid yang
           seterusnya. Kitaran ini dikira bermula dari hari pertama kedatangan haid
           hingga hari pertama kedatangan haid yang seterusnya.

                  Sebagai contoh, kitaran haid Lisa ialah 28 hari. Hari pertama haid
           dikira apabila Lisa mula mengalami haid. Biasanya, haid akan berlaku
           selama lebih kurang tujuh hari. Selepas itu, Lisa akan memasuki fasa
           pembaikan, fasa subur dan akhirnya fasa prahaid. Ketiga-tiga fasa ini
           akan mengambil masa selama lebih kurang 21 hari.  Kemudian,  Lisa
           akan mengalami haid sekali lagi.


                                                          Hari pertama
                        Hari pertama                    kedatangan haid
                   kedatangan haid yang
                         seterusnya








                                                            Fasa
                                                        Kedatangan
                                                            Haid
                                         Fasa
                                                               KITARAN HAID
                                        Prahaid
                                                                Fasa
                                                             Pembaikan




                                                   Fasa Subur








                                                                 Waktu subur

                                              INFORMASI

             Tempoh kitaran haid bagi seseorang adalah
             berbeza-beza. Secara purata, kitaran haid akan
             berlaku selama 28 hari.
                                     Sumber: www.myhealth.gov.my
                                          (capaian pada Ogos 2020)


         76
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89