Page 88 - BUKU TEKS PJPK 2021
P. 88

B
           B•  PENYALAHGUNAAN BAHAN

           Bahan Inhalan
           Zamri dan  Ah Kau sedang  membaca risalah  tentang  penyalahgunaan
           bahan inhalan. Mereka ingin mengetahui contoh bahan inhalan dan kesan
           penyalahgunaannya dalam kalangan remaja.


                  Bahan inhalan mengandungi bahan kimia
                  yang boleh disedut menerusi pernafasan
                 dan menyebabkan kesan psikoaktif, seperti
               kecelaruan minda dan memusnahkan sel otak.
                    Sumber: www.myhealth.gov.my (capaian pada Ogos 2020)


                CONTOH
               BAHAN INHALAN






                                                                                         Petrol

                                                                                        Syelek

            Pencair cat
                                                                                     Penyembur
                                                                                       rambut


                Gam paip                                                              Pengilat
                                                                                        kuku
               Gam kasut                                          Penanggal cat

                                                         Cecair pemadam
                PENGUKUHAN
                                            Pen penanda (marker pen)
            Berikan contoh lain
            bahan inhalan.



             Penyalahgunaan bahan inhalan boleh memberikan kesan
             jangka panjang, seperti tidak mampu berfikir dengan waras dan
             logik, keletihan, pelupa, kekurangan berat badan, gangguan
             emosi dan membawa kepada penggunaan dadah yang
             lebih berbahaya. Penyalahgunaan bahan inhalan juga boleh
             dikaitkan dengan kematian secara tiba-tiba akibat kesukaran
             bernafas dan kemalangan disebabkan khayal.
               Sumber: www.myhealth.gov.my (capaian pada Ogos 2020)



         80          2.1.1
                     2.1.2
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93