Page 137 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 137

Membaca


                                Mesin Rumput Kawalan Jauh
                                Mesin Rumput Kawalan Jauh
           Izzah membaca surat khabar. Dia tertarik akan rencana kejayaan sekumpulan
           pemuda menggunakan teknologi kawalan jauh dalam ciptaan mereka.

           Syarikat rekaan milik Zulkifli bin Haji Haron telah memperkenalkan sebuah
           mesin rumput kawalan jauh. Ciptaan ini bukan sahaja menarik dari segi cara
           pengendalian malah mesin ini lebih lasak dan sesuai untuk membersihkan
           semak samun serta belukar yang tebal.
               Mesin rumput yang diberikan nama Blu-Kar ini digerakkan oleh enjin diesel
           berkeupayaan 10 kuasa kuda. Blu-Kar ini boleh dihidupkan dengan cukup
           mudah kerana menggunakan kunci pemula. Kelajuannya 10 kilometer sejam.
           Alat kawalan jauh Blu-Kar mampu beroperasi dengan cekapnya dalam jarak
           radius 150 meter.
               Blu-Kar ini juga mempunyai keistimewaan lain. Antaranya termasuklah
           penggunaan bilah pemotong jenis logam karbon berkelajuan tinggi
           dan tahan lasak. Selain itu, mesin ini turut dilengkapi sistem pacuan
           empat roda. Rekaan bentuk badan yang pendek serta jarak roda yang
           sangat dekat membolehkan mesin ini melepasi pelbagai halangan
           di ladang.
               Pengguna yang memiliki Blu-Kar ini boleh berada pada jarak yang jauh
           sambil memerhatikan Blu-Kar beroperasi. Dengan ini, pengguna pasti lebih
           selamat daripada ancaman haiwan berbisa dan bahaya yang lain. Penggunaan
           teknologi kawalan jauh mampu memudahkan kerja-kerja yang berisiko.
                                                                         (Sumber: Zulkifli bin Haji Haron)






























          128
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142