Page 187 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 187

Tatabahasa
                                             Tadika Cerdas
                                           Tadika Cerdas
           Puan Zurina menghantar anaknya ke tadika milik Puan Lisa. Puan Zurina tertarik
           akan pengurusan tadika itu.


                                                  Guru-guru  menyantuni murid  dengan
                                                  mesranya. Dengan ramahnya, mereka
                                                  menyambut  kehadiran  murid.  Mereka
                                                  mendidik murid dengan berdedikasinya.
                                                  Ibu bapa yakin akan kebolehan guru-guru.


             Di sebuah tadika, Puan Lisa pernah bekerja.
             Beliau mendapat pengalaman di situ. Puan
             Lisa menyimpan wang juga. Beliau berjaya
             membuka tadikanya sendiri. Wang simpanan
             digunakan oleh Puan Lisa.


                                               Tadika Cerdas nama tadika Puan Lisa. Beliau
                                               bijak berniaga. Tadika Cerdas diiklankan oleh
           PENDAFTARAN
           MURID                               beliau dalam media sosial. Beliau ke karnival
           MURID
           BAHARU
           TADIKA
                                               usahawan juga. Di situ, beliau memperkenalkan
           CERDAS
                                               tadikanya. Terkenal Tadika Cerdas. Murid Tadika
                                               Cerdas semakin bertambah.
             Perniagaan Puan Lisa semakin maju. Pemilik                                  5
             lima buah tadika beliau sekarang. Puan Lisa
             bersyukur. Kejayaan ini hasil kerjasama para
             pekerjanya.  Turut  memberikan  sokongan
             ahli keluarganya.




                                 Munsyi Cilik
                             Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya di hadapan dan predikatnya di belakang.
                             Contoh: Puan Zurina menghantar anaknya ke tadika.
                             Ayat susunan songsang ialah ayat susunan biasa yang disongsangkan, iaitu predikat,
                             sama ada keseluruhan atau sebahagian, mendahului subjek.
                             Contoh: Menghantar anaknya ke tadika Puan Zurina. (seluruh predikat)
                Aktiviti                   Ke tadika Puan Zurina menghantar anaknya. (sebahagian predikat)


           Kenal pasti dan tukarkan ayat susunan biasa kepada ayat susunan songsang.
                     Nota Guru
                         •  Bimbing murid memahami ayat susunan songsang.
                   5.3.4  •  Bimbing murid membina ayat susunan songsang mengikut konteks.
          178              Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual   KBAT: Mengaplikasi − Membina
                           EMK: Keusahawanan
   182   183   184   185   186   187   188   189   190   191   192