Page 184 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 184

Semasa menunggu ayah dan ibunya mendaftarkan kucing mereka di hotel
             tersebut, Izzah membaca sajak yang tergantung pada dinding hotel.

               Usahawan Kita

               Kerjanya luar biasa
               walau hanya manusia biasa
               tabah hadapi dugaan
               geliga mindanya
               usahawan berjaya
               meniti masa.

               Bijak menyusun masa
               bijak merancang usaha
               melangkah dengan wawasan
               membina empayar niaga
               rancak mengaut laba.
               Lincah mengatur langkah
               pantas menjejak peluang
               pintar menyusun strategi
               gigih berdikari
               yakin potensi diri.

               Meski di puncak jaya
               tidak lupa diri
               ikut resmi padi
               tunduk meski berisi
               doa dan tawakal
               bertindak tanpa noktah.

               Nukilan: Hasmir
















                 Aktiviti

             Baca bahan serta nyatakan ilmu daripada dialog dan nilai daripada sajak dengan
             menggunakan peta pemikiran yang sesuai. Kemudian, persembahkannya.
                 Nota Guru
                     • Bimbing murid membaca dan menyatakan ilmu dan nilai daripada bahan.
              2.3.2  • Bimbing murid mempersembahkannya dalam pelbagai bentuk.
                       Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual       KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti   175
                       EMK: Keusahawanan
   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189