Page 183 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 183

Membaca

                                      Pengusaha Hotel Kucing
                                    Pengusaha Hotel Kucing
           Izzah sekeluarga ingin bercuti. Mereka berhasrat untuk meninggalkan kucing
           kesayangan mereka di sebuah hotel kucing di bandar. Semasa berurusan
           di sana, Izzah sempat berbual-bual dengan pengusaha hotel kucing tersebut.
           Banyak ilmu dan nilai yang diperolehnya.

           Izzah:          Mengapakah puan menceburi bidang perhotelan kucing ini?
           Puan Fiza:  Sebenarnya, saya sekeluarga sangat menyayangi kucing.  Suami dan
                           anak sulung saya pula merupakan doktor veterinar. Hal ini menyebabkan
                           kami bekerjasama dalam perusahaan ini. Oleh sebab itu, terdapat spa
                       kucing dan klinik khas untuk rawatan kucing di hotel kucing ini. Inilah
                          kelebihan hotel kucing milik saya.
           Izzah:         Wah, hebatnya! Tahniah, puan. Apakah rahsia kejayaan puan?
           Puan Fiza:  Terima kasih, Izzah. Rahsianya saya tidak sesekali membuat pinjaman
                          kewangan untuk memulakan perniagaan ini. Saya bermula dengan
                        perniagaan yang kecil. Pada masa yang sama, saya gigih mempelajari
                          selok-belok dalam bidang ini.
           Izzah:       Apakah pengalaman yang tidak dapat puan lupakan sepanjang
                          mengusahakan hotel ini?
           Puan Fiza:   Banyak pengalamannya. Suka ada, sedih pun ada. Namun begitu,
                        saya tidak dapat melupakan satu peristiwa, iaitu salah seekor kucing
                        yang menginap di sini telah sakit. Sebagai pengusaha yang
                        bertanggungjawab, pihak kami telah merawat kucing tersebut secara
                          percuma. Kejadian tersebut membuatkan saya lebih tabah.
           Izzah:         Saya lihat banyak pakej yang ditawarkan, mengapa?
           Puan Fiza:  Sebagai usahawan yang prihatin, saya perlu memenuhi pelbagai
                       permintaan pelanggan. Jadi, pelanggan boleh memilih pakej yang
                          sesuai.
           Izzah:         Baiklah, pasti kucing saya seronok tinggal di sini nanti. Terima kasih puan
                          kerana berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman.
           Puan Fiza:   Sama-sama, Izzah.



                                         Pakej Harian



                                                                                   Pakej RM20.00
                                       Pakej RM15.00        Pakej RM18.00          Pelanggan perlu
                                       Pelanggan perlu      Pelanggan perlu        membawa kucing
                                       membawa              membawa                sahaja. Makanan
                                       makanan dan          makanan kucing.        dan pasir kucing
                                       pasir kucing.                               kami sediakan.






          174
   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188