Page 209 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 209

Menulis


                                      Kisah Pengganti Raja
                                      Kisah Pengganti Raja

           Irfan membaca buku cerita tentang kisah pengganti raja.
           Pada zaman dahulu, ada seorang raja yang sangat adil dan bijaksana. Oleh sebab
           usia baginda semakin tua dan tidak mempunyai putera, baginda menjadi risau. Selepas
           bermesyuarat dengan para penasihatnya, baginda mendapat satu idea.
              Baginda telah memanggil semua pemuda di negeri itu. Baginda mengurniai mereka
           satu bekas kecil. Baginda menitahkan mereka balik dan menanam biji benih di dalam
           bekas kecil itu. Pemilik pokok yang paling besar dan subur akan dipilih menjadi pengganti
           baginda. Kesemua pemuda pulang dalam kegembiraan.
              Salah seorang pemuda itu bernama Yasir. Yasir pemuda yang jujur. Dia menanam
           semua biji benih itu. Pada setiap hari, dia menyiramnya tanpa jemu walaupun biji
           benih itu masih tidak bertunas. Yasir tetap tidak berputus asa.
              Selepas beberapa bulan, raja menitahkan semua pemuda itu hadir ke istana
           bersama dengan pokok mereka. Para pemuda di negeri itu teruja. Mereka yakin
           bahawa mereka akan dipilih menjadi pengganti raja.
              Lain pula dengan Yasir. Dia sangat sedih setelah mendengar berita itu. Baginya, dia
           telah gagal kerana biji benihnya tidak bertunas. Namun begitu, ibunya mengingatkan
           Yasir bahawa baginda mahu melihat hasil tanaman daripada semua pemuda
           di negeri itu.
              Tibalah hari  yang dijanjikan. Semua pemuda  hadir ke  istana  membawa
           pokok-pokok yang subur dan sihat. Hanya Yasir yang hadir tanpa sebarang pokok.
           Baginda menitahkan Yasir untuk menceritakan perihal biji benihnya itu. Baginda sukacita
           mendengar pengakuan jujur Yasir. Akhirnya, baginda berkenan melantik Yasir untuk
           menggantikan tempat baginda.
              Selepas beberapa hari, pemilihan Yasir sebagai pengganti raja masih menjadi
           buah mulut pemuda lain ibarat rumah siap pahat berbunyi.
           Pada pendapat kamu, adilkah cara pemilihan ini? Apakah cara lain yang sesuai
           untuk melantik seorang raja?

                                                                  Pada pendapat saya, cara
                                                                  pemilihan ini ____. Untuk
                                                                  melantik seorang pengganti
                                                                  raja, baginda boleh _____.





                                                              kandungan  info    qr code    standard   ar code
                                                                                            pembelajaran
               Aktiviti
           Hasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.

                     Nota Guru                                minda aktif  laman kreatif  uji minda   kbat
                         •  Bimbing murid menganalisis bahan.
                                                                           Unit
                   3.2.2  •  Bimbing murid menghasilkan jawapan dengan memberikan cadangan secara kritis dan kreatif.
          200              Strategi PdP: Pembelajaran Berasaskan           KBAT: Menilai – Mencadangkan
                                     Penyelesaian Masalah
                           EMK: Nilai Murni – Kejujuran
                                                              nota guru  laman halaman rangsangan
   204   205   206   207   208   209   210   211   212   213   214