Page 208 - BAHASA MELAYU T6 SK (SEMAKAN 2017)
P. 208

Syair Senoi Praaq
             Syair Senoi Praaq

             Marilah kawan kita dengarkan,
             Kisah teladan satu pasukan,
              Pasukan Senoi Praaq nama diberikan,
              Pertahankan negara elak dibinasakan.                         Ilmu

              Sebelum merdeka telah ditubuhkan,                            Kita wajar menjadikan
              Ilmu di hutan bakat digunakan,                               keberanian pasukan
              Tangkas mereka musuh ditumpaskan,                            ini sebagai teladan.
              Di dalam hutan mereka diharapkan.
                                                                           Nilai
              Sentiasa tekun setiap masa,
              Demi negara agama dan bangsa,                                Berani
              Sempadan negara selamat sentiasa,
              Penyeludup ditangkap tidak bersisa.

                                                                           Ilmu
              Berkorban hingga hujung nyawa,
              Tanda mereka insan berwibawa,                                Kita harus ____
              Terus berjasa tekad di jiwa,
              Pabila gugur maruah dibawa.
                                                                           Nilai
              Sematkan di dada sayangi negara,
              Sikap integriti harus dipelihara,                            Semangat patriotisme
              Inilah hasrat syair bersuara,
              Hargai pengorbanan setiap wira.


               Nukilan: Irfan Nabil                                        Ilmu

                                                                           _____________
               Info

              Pasukan Senoi Praaq kini di bawah kawalan Briged Utara       Nilai
              Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Batalion 3 dan Batalion 18.
                                                                           _____________

                 Aktiviti

             Baca rencana dan syair serta kenal pasti ilmu dan nilai. Kemudian, persembahkannya
             dalam pelbagai bentuk.
                 Nota Guru
                     •  Bimbing murid membaca dan menghargai ilmu dan nilai daripada pelbagai bahan.
              2.3.2  •  Bimbing murid membuat persembahan dalam pelbagai bentuk.
                       Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme   KBAT: Menganalisis – Menghasilkan   199
                       EMK: Patriotisme
   203   204   205   206   207   208   209   210   211   212   213