Page 46 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 46

Guru Bertugas Sesi Petang:
                        12.00 tengah hari - 7.15 petang (Isnin hingga Khamis)
                        1.00 tengah hari - 7.15 petang (Jumaat)

                  2.    Memastikan bilik-bilik darjah telah disapu, sampah-sampah telah dibuang serta lampu
                        dan kipas telah ditutup setelah tamat persekolahan.
                  3.    Mengawasi disiplin murid bersama-sama guru disiplin di luar waktu belajar seperti
                        waktu rehat dan waktu akhir di sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan
                        segera dan munasabah jika perlu.
                  4.    Memastikan kebersihan dan kualiti makanan yang dijual di kantin sekolah.
                  5.    Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/rumah.
                  6.    Memastikan kebersihan bilik-bilik darjah, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah.
                  7.    Mengeluarkan surat kebenaran ke hospital dan merekodkan murid yang mohon.
                  8.    Mengawasi murid menepati waktu datang ke sekolah dan pulang dari sekolah, masa
                        rehat dan masa pertukaran guru.
                  9.    Menguruskan hal-hal berkaitan dengan kehilangan barang-barang.
                  10.  Memastikan keselamatan murid di sekitar sekolah seperti sukan, persatuan-
                        persatuan, unit-unit beruniform dan aktiviti lain yang dijalankan serta mengawasi
                        harta benda sekolah.
                  11.  Membuat catatan mengenai perkara-perkara  penting yang berlaku sepanjang
                        hari/minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas. Perkara-perkara yang
                        dicatatkan ialah:
                        11.1  Kedatangan murid, guru dan staf sokongan.
                        11.2  Murid ponteng, tidak hadir atau sakit.
                        11.3  Lawatan-lawatan/pelawat.
                        11.4  Ucapan/pengumuman-pengumuman penting dalam perhimpunan.
                  12.  Membuat laporan di dalam Buku Laporan Bertugas yang disediakan dan kalau perlu
                        laporkan terus kepada Pengetua supaya tindakan segera diambil.
                  13.  Perhimpunan
                        13.1  Memastikan semua guru dan murid menghadiri perhimpunan.
                        13.2  Memastikan bendera-bendera, pembesar suara dan tempat duduk telah
                              disediakan.
                        13.3  Memastikan murid telah beratur dengan tersusun mengikut kelas.































                                 PENGURUSAN SERI INDAH  2022/23  "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE"        46
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51