Page 44 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 44

1.4  Melaporkan perabot dan alatan elektrik yang rosak kepada guru yang
                              berkenaan,
                        1.5  Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.
                        1.6  Mengadakan tabung kelas dengan jumlahnya terpulang kepada budi bicara
                              murid, tabung ini adalah bagi tujuan yang berikut:
                              i.  Keceriaan kelas
                              ii.  Kebajikan murid

                  2.    Rekod Kedatangan Murid
                        2.1  Menandakan kedatangan murid harian dalam sistem APDM selewat-lewatnya
                              sebelum pukul 9.00 pagi (sesi pagi) dan sebelum pukul 2.00 petang Isnin -
                              Khamis; 3.00 petang - Jumaat (sesi petang).
                        2.2  Melengkapkan semua butiran/data murid dalam sistem APDM dengan betul dan
                              terkini.
                        2.3  Memastikan kelas mempunyai Buku Kawalan Pergerakan Murid dan Buku
                              Catatan Suhu Murid ,  diselenggarakan  seperti diarahkan:
                              i.  Buku diambil dan dihantar pada waktu dan di tempat yang ditetapkan.
                              ii.  Menjamin keselamatan buku tersebut.

                  3.    Laporan Peperiksaan dan Pentaksiran, Sijil Berhenti, Surat Akuan
                        3.1  Memastikan setiap murid mempunyai laporan Sistem Analisa Peperiksaan
                              Sekolah (SAPS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
                        3.2  Mengisi markah dan membuat laporan kemajuan akademik, kokurikulum dan
                              fizikal  murid bagi setiap semester/penggal.

                  4.    Masalah Pembelajaran/Kesihatan Diri dan Disiplin, Sistem Sahsiah Diri Murid
                        (SSDM)
                        4.1  Memberi galakan, motivasi dan merangsang minat murid terhadap akademik.
                        4.2  Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik dan memberikan hadiah
                              (jika perlu).
                        4.3  Melaporkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling jika terdapat kemerosotan
                              pelajaran dalam kalangan murid.
                        4.4  Sentiasa prihatin terhadap masalah murid.
                        4.5  Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat murid yang menghadapi
                              masalah kesihatan.
                        4.6  Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat murid yang melanggar disiplin
                              sekolah.
                        4.7  Melaporkan kes penting mengikut prosedur yang berikut:
                        4.8  Mendapatkan dan mengisi dalam 2 salinan borang “Melanggar Peraturan
                              Sekolah” yang dapat diperoleh dari bilik disiplin.
                        4.9  Menghantar satu salinan borang tersebut kepada ibu bapa.

                  5.    BukuTeks/Biasiswa dan Bantuan
                        5.1  Memastikan Skim Pinjaman Buku Teks diagihkan kepada murid dan memastikan
                              buku-buku tersebut dibalut, ditulis nama murid.
                        5.2  Mengemaskini fail SPBT dari semasa ke semasa.





                                 PENGURUSAN SERI INDAH  2022/23  "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE"        44
   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49