Page 43 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 43
PANDUAN UNTUK GURU
I. GURU MATA PELAJARAN
Senarai Tugas
1. Memiliki, memahami, dan boleh mentafsir serta menghuraikan kandungan Dokumen
Standard dan Pentaksiran (DSKP) KSSM , sukatan mata pelajaran dan huraian mata
pelajaran berkenaan.
2. Memahami dan mematuhi Pekeliling-pekeliling dan arahan berkaitan dengan mata
pelajaran yang diajar serta menentukan matlamat yang harus dicapai iaitu dari segi
pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir tiap penggal bagi
tiap tingkatan.
3. Mempunyai sebuah Buku Rekod Mengajar/eRPH yang kemaskini dan
menyerahkannya kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan.
4. Menyediakan rancangan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap
untuk tempoh setahun/sepenggal/seminggu/harian dan melaksanakan pengajarannya
mengikut Rancangan Pelajaran yang disediakan.
5. Menyediakan dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku
latihan murid dan memulangkan semula secepat mungkin, menyerahkan/
menunjukkan buku latihan murid kepada Pengetua/wakilnya pada masa yang
dikehendaki.
6. Menjalankan ujian bulanan dan penilaian kepada murid, merekodkan soalan-soalan
dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.
7. Mengesan kelemahan murid dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan.
8. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi serta
melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia.
II. GURU TINGKATAN
Senarai Tugas
1. Pengurusan dan organisasi kelas.
1.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan, Penolong
Ketua Tingkatan, Bendahari, AJK Kebersihan, AJK Keceriaan dan AJK SPBT.
Memastikan AJK Kebersihan mengagihkan murid untuk membersihkan papan
putih, menyapu lantai, lap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang
sampah. Memastikan AJK Kebersihan sentiasa mengemaskini papan kenyataan
dan papan maklumat dari semasa ke semasa, menyediakan langsir dan bunga
jika perlu untuk kelas.
1.2 Menentukan perkara yang berikut ada di dalam kelas.
i. Jadual waktu
ii. Jadual tugas
iii. Perabot kelas seperti kerusi meja murid dan meja guru, dan papan putih
telah diinventorikan.
iv. Moto kelas
v. Alatan pembersihan seperti penyapu, bakul sampah dan pengaut sampah.
1.3 Menentukan kawad elektrik, kipas angin dan lampu dalam keadaan baik dan
selamat digunakan.
PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 43

