Page 41 - BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKSI 2022/2023
P. 41
6.5 Dokumen-dokumen sokongan hendaklah disertai bersama-sama borang permohonan.
Jika pegawai gagal mengemukakan dokumen sokongan maka Cuti Rehat Khas tidak
layak dipertimbangkan maka pegawai boleh dianggap gagal bertugas.
7. CUTI TANPA REKOD
7.1 Kebenaran diberi dengan syarat guru berkenaan telah mendapat kebenaran secara
bertulis daripada Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Negeri untuk
mengikut pengajian berikut.
7.2 Permohonan untuk cuti ini (Cuti Tanpa Rekod) hendaklah diserahkan bersama salinan
surat kebenaran mengikut pengajian dan salinan jadual peperiksaan.
7.3 Cuti isteri bersalin diberi selama 7 hari termasuk hari rehat mingguan dan cuti
kelepasan am. Cuti ini bermula pada tarikh isteri bersalin atau hari berikutnya jika
bersalin berlaku selepas waktu pejabat. Cuti hanya dihadkan 5 kali sepanjang tempoh
perkhidmatan.
7.4 Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat (suami, isteri, ibu/
bapa kandung atau ibu/bapa angkat, ibu/bapa mentua, anak kandung, anak angkat
yang sah disisi undang undang) selama 3 hari.
7.5 Cuti Tanpa Rekod untuk menunaikan Umrah 7 hari tidak termasuk hari rehat
mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am. Perkiraan 7 hari bermula
dari tarikh penerbangan sebenar dan diberikan sekali sahaja dalam tempoh
perkhidmatan.
8. CUTI BERSALIN
8.1 Oleh sebab tempoh cuti bersalin agak panjang (90 hari) dan guru ganti sukar didapati,
maka guru yang akan mengambil cuti bersalin hendaklah menyelesaikan rancangan
pengajaran mengikut jadual dengan mengadakan kelas tambahan sebelum atau
selepas bersalin atau menyediakan nota-nota pelajaran.
8.2 Kemudahan cuti isteri bersalin (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9/2002) kepada guru
lelaki sebanyak 7 hari (termasuk hari rehat iaitu Sabtu dan Ahad serta hari kelepasan
am) dan dikira sebagai Cuti Tanpa Rekod.
9. CUTI KUARANTIN
9.1 Sekiranya mana-mana anak pegawai yang telah diberi perakuan oleh mana-mana
pegawai perubatan kerajaan atau swasta yang menyatakan anak tersebut perlu
dikuarantin kerana penyakit berjangkit, pegawai boleh diberi kemudahan cuti
kuarantin untuk menjaga anak yang sakit.
9.2 Pegawai yang layak cuti kuarantin adalah ibubapa yang sah.
9.3 Anak adalah termasuk: (a) anak kandung, (b) anak tiri tanggungan (c) anak angkat de
facto, (d) anak angkat, dan (e) anak pelihara.
9.4 Pemberian cuti kurantin adalah terhad kepada maksimum 5 hari bagi setiap kes atau
selama tempoh perakuan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai perubatan
kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, tidak termasuk hari rehat
mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.
9.5 Senarai penyakit berjangkit adalah; (a) Penyakit tangan, kaki dan mulut,
(b) Demam denggi dan demam denggi berdarah, (c) Campak, (d) Chickenpox,
(e) Difteria dan (f) Malaria.
PENGURUSAN SERI INDAH 2022/23 "SYNERGY TOWARDS EXCELLENCE" 41

