Page 18 - Modul A+ Perniagaan Tg 4_Pan Asia Publications
P. 18
4. Huraikan tiga faktor dalaman yang mempengaruhi peningkatan perniagaan ABAZ FROZEN FOOD Sdn. Bhd.
Pekerja yang bermotivasi. Perniagaan mempunyai persekitaran kerja yang selesa dan dibayar gaji yang
berpatutan.
Pengurusan yang cekap dan sistematik. Terdapat unit-unit yang khusus dalam setiap aktiviti.
Gaya pengurusan. Encik Zamri mengamalkan gaya pengurusan yang demokratik, iaitu menerima pendapat
daripada pekerja dan bekerja secara berpasukan.
Penyelidikan dan pembangunan. Menjalankan proses penyelidikan dan pembangunan produk dengan
mendapatkan maklum balas daripada pekerja tentang produk keluaran untuk menambah baik kualiti.
©PAN ASIA PUBLICATIONS
[6 markah]
5. Pada pendapat anda, adakah perniagaan ABAZ FROZEN FOOD Sdn. Bhd. mempunyai bahagian fungsian
dalam perniagaannya. Nyatakan alasan anda untuk mengukuhkan pendapat anda.
Ya. Bahagian kewangan ialah bahagian yang paling penting untuk menguruskan perniagaan, iaitu sumber
pembiayaan yang diberikan oleh kerajaan kepada perniagaan ABAZ FROZEN FOOD Sdn. Bhd.
Bahagian sumber manusia pula mempunyai lebih 20 orang pekerja dalam perniagaan.
Bahagian pengeluaran merupakan bahagian yang bertanggunjawab dalam proses penghasilan produk, iaitu
karipap.
Bahagian pengagihan pula ialah bahagian yang mengagihkan produk karipap sejuk beku ke seluruh negeri
di Malaysia.
[9 markah]
100
04_Modul PA21 Prniagaan Tg4.indd 100 10/24/18 9:16 AM

